MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 10 Disember 2015

Budak kecewa tak dapat makan KFC

Assalammualaikum semua.

Salam hari Khamis.

Ni cerita hari selasa lepas. Kan suami cuti jaga Adli sebab pengasuh ada urusan yang perlu diselesaikan. Bila dah berdua dengan Adli ada sajalah benda yang dia buat. Rupanya suami, Adli dan along pergi klang dok survey harga tayar.

Hmmmm…jauh perjalanan bawa anak ye. Dalam perjalanan tu suami ceritalah Adli ternampaklah sign board KFC yang besar. Adli..bukan budak yang berusia 1 tahun. Dah 3 tahun 2 bulan dah bang oi…Dah pandai minta macam-macam. Bila nampak KFC tu terus cakap dekat abah.                   “ Abah…Adli nak KFC” Abah cakap “Abah takde duitlah Adli nak beli KFC” dah tu pergi dekat along “Along..nak duit beli KFC” Along pun jawab… “Along pun takde duitlah Adli” kedekut punya along…Mentang-mentanglah makcu takde ye…..

Adli dengan kecewanya terus ke seat belakang kereta, baring dan tak lama lepas tu tidur..Kecewa betul atau memang dah ngantuk tu…

Bukan tak nak beli sebenarnya. Hari ahad sebelum tu dah pergi dah kami 3 beranak ke KFC. Adli siap makan kek tiramisu lagi tu. Dengan paha ayam seketul.Dah tu dia bukannya nak makan isi ayam. Kulit yang dekat luar yang garing tulah dia nak makan.Tu yang kadang-kadang marah dia tu. Tak elok makan kulit tu. Taknaklah bagi dia makan KFC kerap sangat dan kalau boleh taknaklah ikut sangat permintaan dia.Kang naik lemak dia. Tengok gambar memang kesian. Takpelah li, nanti sebulan lagi ke kita minta abah belanja KFC lagi ye.


12 ulasan:

  1. Alahai kesiannya Adli... sampai tertidur dia...

    BalasPadam
  2. Alahai.. kesian pulak tengok ye Lea..
    Tapi tu lah bukan boleh kerap sangat fastfood ni..
    Cukuplah sebulan sekali tu Lea ..

    BalasPadam
  3. Betul Lea sayang anak kena jaga kesihatannya sama
    Biar dia menangis sekarang jgn kelak kita yg menangis bila dia tak sihat.

    BalasPadam
  4. alah2 sian adli ngajuk tak dpt mkn ayam kfc sampai tertido gitu... balik nnti ajak dia pi beli baju otomen lg ek... comei baju otomen dia blh geng ngn aiyan nih

    BalasPadam
  5. ok jugak merajuk dengan cara tidur. kalo anak saya dah tentu bising, tak boleh nak bawa kereta lak kita nih. huhuhu

    BalasPadam
  6. ala...kesian nyer dia....
    nasib baik dia merajuk tidur...hihi...

    BalasPadam
  7. tak pe bln dpn suruh ibu bw ye .... ala budak2 ni bkn dia ingat pun cuma jgn berjanji nk bw tp tak bawa tu tak bgs untuk minda dia la

    BalasPadam
  8. kesian dia nak kfc, takpe nanti2 mommy bagi kan

    BalasPadam
  9. huhu...sian pulak kan...tapi mmg best makan kulit garing tu...aku pun suka...hahaha...

    BalasPadam
  10. frust bebeno tu sampai tertidurla pulak enchem boy tu

    BalasPadam
  11. sebenarnya adli tu majuj nak adek lagik 7 8 lapan lagikkss., hikhik2 gurau ye makcik ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.