MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 8 Disember 2015

Bila orang bujang jemput ke rumah makan spaggeti

Assalammualaikum semua. Salam Sejahtera juga lea ucapkan. Apa kabar korang hari ni? Harap sihat semuanya. Lea hari alhamdulillah. Sihat..Suami je selsema. Hari ni dia cuti untuk jaga Adli sebab pengasuh cuti nak hantar anak untuk ke Politeknik.

Sabtu lepas dapatlah jemputan dari orang bujang dekat group family  untuk datang kerumah. Nak masak spaghetti katanya. Wow!! Along nak masak ok…Haruslah makcik2 dan pakcik datang. Yang bestnya siap whatsup private kat lea minta bawakan sudu garfu lebih. Sudu dan garfu tak cukup katanya. Hehehe.


Makngah siap bawa goreng pisang tu. Bekas tu jangan lupa bagi makngah balik ye along n adik. Makcu, acu dan adli datang bawa perut yang kosong je dengan sudu dan garfu seperti yang dipesan. Hehehehe.

Ok…dari 5 ***** makcu bagi 3 ½ bintang ye long. Untuk 1ST time masak untuk family. Takpe boleh cuba lagi. Lepas ni rasanya lagi sedap kot. Yang syoknya mula-mula tu memang rebus spaggeti. Yang kali kedua rebus fettucini pulak. Beli main ambik je. Yang tukang beli adik. Si along marahlah adik. Adik jawab..manalah tahu.Ingat sama je spaggeti. Hehehe. Takpe…sama je masuk kat mulut sampai ke perut. Alhamdulillah kenyang kami petang sabtu tu.

Al-Fatihah.

Malam tadi kakak kepada arwah bapa mertua lea meninggal di kampung di Teluk Intan. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman.


5 ulasan:

  1. Sesekali orang bujang memasak kenalah bagi galakan supaya dia lebih rajin... :)

    BalasPadam
  2. wow boleh tahan tu lea....rajin nak masak2 panggil dtg mkn lagi....bagus mcm tu....lieya tgk mcm sedaptu...makan plak ramai2 kan ...borak2...mmg licin lee masuk perut...

    tapi lieya nak komplen nieh....tak puas ati dgn entry nie...sebab adli takde...mane pic adli...byk tak die makan heheheeheh

    alfatihah buat allahyarhamah...moga ditempatkan di kalangan org yg beriman...

    BalasPadam
  3. Bagus orang bujang ni rajin memasak Lea..
    Kira ok lah rasanya tu, jika Lea bagi 3 1/2 bintang tu..
    Nak menghampiri 4 tu..
    KIPDAP along :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah niat nak memberi makan pun berganda ganjaran dah diperolehi
    Kira ajelah berapa mulut yg dah makan. Berapa perut yg kenyang:)
    Boleh jadi calon menantu ni Lea haha...

    BalasPadam
  5. Sesekali orang bujang memasak, kenalah bagi sokongan padu walaupun rasa so-so aje. Hehehe!

    Baguslah juga at least nak juga dia memasak untuk keluarga. Saya ni lagilah, sampai sekarang malunya nak masak untuk keluarga besar saya sebab kakak-kakak saya semuanya tukang masak yang hebat!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.