MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 2 Disember 2015

Bercanda di tepian pantai Lumut

Assalammualaikum semua.

Ni cerita dua minggu lepas. Masa tu balik Teluk Intan. Masa kat Teluk Intan dok gaduh nak g mana. Sama ada Taiping ataupun Lumut. Majoritinya nak ke Lumut nak mandi laut. Adlilah insan yang paling seronok bila dengar nak mandi laut.

Lea tak mandi pun. Malas..Malas nak salin baju dan tu tak suka pasir-pasir ni. Dah mandi pun masih rasa berpasir. Tapi bila dah teringin sangat nak mandi laut, mandi jugalah. Betul tau kadang-kadang tu teringin sangat nak mandi laut.

Alhamdulillah semasa Adli dan anak-anak buah mandi cuaca sangat-sangat elok. Bila dah masuk kereta nak balik baru hujan turun dengan selebat-lebatnya.

Oklah korang layan jelah gambar-gambar ni ye.

 Anak bujang dugong terdampar. 
Adli….menangis bila disuruh naik. Baju mandi dia tu beli kat Lumut. Suami yang belikan dan tak bawa dak Adli ni. Suami cakap besar dah ni. Saiz 3xl. Sekali dia pakai ngam ngam je dengan perut ke depan. Suka sangat dengan pantai.Nasib baik along ada bawa di mandi. Umie dana bah dua-dua tak mandi hari tu. Malaslah alasannya.


Korang tengoklah dak along ni. Adiknya Qisya di tanam dalam pasir. Adli pun tolong gak tu.


Ok…mak-mak dan bapak orang nak bergambar. Seronok suami diapit oleh akak-akak, akak ipar, anak buah dan isteri tercinta. Hmmm…auw…….






Along...kobuat apa dekat suami makcu tu?


2 ulasan:

  1. Seronoknya bermandi manda. Tapi kakcik lebih suka mandi dia air tawar sebab dah tua2 ni badan tak tahan dengan rasa melekit2... :)

    BalasPadam
  2. Anak2 memang suka bab mandi manda ni Lea..
    Tak kira laut ke pool..
    Susah nak suruh naik..
    CH yg tak tahu nak cuti gi mana ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.