MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 18 Disember 2015

Adli Budak Kuat Makan

Assalammualaikum semua.

Adli dulu cukup susah nak bagi dia makan nasi dekat rumah. Sekarang, pantang ada lauk atas meja mesti nak nasi.  Kalau balik ambil dia dari rumah pengasuh mesti ajak singgah dekat abang jual nasi lemak. Nak nasi lemak katanya. Tapi lea tak layan sangat permintaan dia, yelah takkan nak makan yang lemak-lemak setiap hati nak oi… jadinya sebagai jalan penyelesaian lea cubalah buat sikit sambal tumis yang tak pedas. Rupanya Adli suka sambal tumis. Makan dengan lauk ayam, ikan dan telur pun layan. Macam orang tua seleranya. Hahaha



Kalau lea atau suami singgah dekat mana-mana gerai tepi jalan mesti dia keluar tingkap dok cakap “Jangan lupa nasi ayam Adli” “Abah..nasi ayam Adli” Nasi lagi.. Semalam buat spaggeti waktu pagi untuk bekal kami anak beranak . Tanya pengasuh dia makan tak? Pengasuh cakap licin…
Selalunya beli ayam goreng yang potong-potong tu lea share dengan Adli sebab dia selalu makan main-main. Dua hari lepas beli bagi dia makan dulu, tengok bekas atas meja lea ambiklah, tinggal tulang je. Aduh..anak aku. Takde share2 dah sekarang ye umie.
Bekal kami setiap pagi akan tersusun macam ni. Masing-masing tahu tupperware masing-masing.

Sup memang kesukaan dia. Tapi fesyen dia ni kalau buat sup dia tak suka isinya. Dia suka makan sup dengan nasi. Letak dalam mangkuk. Tu jelah dia makan. Suka sangat kalau dapat hirup sup. Tu yang kena potong kecik-kecik lobak nak bagi dia makan sayur sama.
Saja je buat sup tulang. Saja nak test pressure cooker baru. Hahaha

Satu lagi dia suka sangat, kerepek pisang. Adui..kalau dapat tu dia sorang je. Sama juga dengan keropok ikan. Selalu gorenglah satu bekas Tupperware yang besar. Selamba je dia peluk Tupperware tu bawa depan tv. Sekarang kalau nak goreng, goreng buntut bekas tu je. Takleh penuh-penuh. Kalau tak dia sorang je makan. Kena control gak.
Korang tengok. Satu tuppeware dia angkut

Takut juga tengok selera makan dia sekarang. Lea dan suami tak nak layan sangat selera dia tu. Kami control juga. Takut dengan macam-macam masalah kesihatan budak-budak sekarang. Sapa tak sayang anak oi….

7 ulasan:

  1. bagos la dia nak makan nasik...cam anak akak suka no makan benda merepek2 je...nasib dia suka makan buah jugak jadi akak lebihkan pada buah je...bab makan nasik dengan sup tu cam sama la dengan selera anak dara akak...hehehe...bole jadi geng ^_^

    BalasPadam
  2. Suka tengok anak berselera nak makan, tapi tetap pantau, takmo terlebih makan.

    BalasPadam
  3. seronok tgk anak selera mkn mcm adli nih...
    sbb aiyan bkn jenis pemakan... mkn dhla skit bdn tak naik2.. huhuhu...

    BalasPadam
  4. hehehe...tak pe usia macam nie kuat makan sebab dia aktif. jangan macam di usia saya sekarang, makan macam-macam tak de pantang langsung. yang pantang nyer, cuma pantang nampak makanan terasa nak masuk dalam mulut.

    BalasPadam
  5. seronok bace citer lea.... mcm dayyan plak ade mood die...mood nak makan ..byk le die makan...mood tak mo makan...baru nak suap die dah buat2 sendawa...geram aje di buat nye...tapi silap le kan, mak die ni garang...mmg siap le lieya suap jugak portion yg sesuai utk die..pakse pun pakse laa yg penting kite tau die makan....

    tu seronok bace citer adli ni...tapi bagus jugak lea kawal...takleh di layan sgt...sbb dari mknn kite dpt penyakit...ape2 pun biar berpada kan lea kan...lea ni haa masak sedap2 nie heheheeh

    BalasPadam
  6. siapala x sayang anak, tapi ada mak lea kann., kanns ;p

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.