MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 25 November 2015

Steamboat & Grill di MAEPS Bistro

Dalam dua minggu lepas bawaklah adik iaitu adiknya along yang Adli panggil abang ngah makan steamboat & grill dekat MAEPS Serdang. Ramai yang dok menanya MAEPS ni dekat mana. Yang boleh lea katakana dekat tapak MAHA iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show. Yang pameran hasil pertanian, ternakan dan macam-macamlah.
   

Dulu ada steamboat je. Mula-mula pergi dulu harganya RM19.90. Lepas tu RM29.90. Kalau bulan puasa mencecah rm40++ jugaklah. Tapi kalau bulan puasa ada kambing goleknya, sate dan macam-macam lagilah. Memang lagi meriah menunya dari biasa.

Alkisahnya pada hari tu adik dok tolong suami kemas stor. Kebetulan adik dan along nak pindah rumah baru. Sambil kemas stor boleh juga bagi barang-barang yang masih boleh digunakan kepada mereka dari disimpan je kan. Memang penat dan berhempas pulaslah dia tolong suami hari tu. Jadinya suami pun nak belanja makan sebagai tanda terima kasih dekat adik. Umie dengan Adli tumpang sekalilah ye. Hehehe.


Adik cakap nilah pertama kali dia makan steamboat dan grill ni. Oh ya sekarang satu kepala RM33 bagi steamboat dan grill sekali. Kanak-kanak pulak lea tak ingat. Boleh tengok pamphlet yang akan lea tunjukkan sekejap lagi. Sekarang rasanya lagi banyak pilihan dari dulu. 


Adli… Alhamdulillah malam tu nak makan nasi goreng. Dekat sepinggan juga dia makan. Lepas tu main telefon. Lea pulak banyak bakar daging dan yam. Tak makan nasi langsung. Kalau makan nasi cepat kenyang dan tak boleh pulak nak makan benda lain.



Kalau korang nak cuba bolehlah datang ke MAEPS ni. Bagi lea oklah. Kenyang juga makan. Sesekali bertukar menu. 


3 ulasan:

  1. wahh sonoknyer mamam steamboat tuuu ., ;0

    BalasPadam
  2. Okje pernah dtg sekali kat sini lea ...... mmg puas makanlah kiranya, sebab banyak pilihan
    Wahh mesti diaorang suka kan Lea maklumlah first experience katanya

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi makan kat situ tapi dah ramai saudara mara yg makan kat situ cadangkan untuk mencuba. tapi bila tengok pada harga dia macam diluar kemampuan la pulak....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.