MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 3 November 2015

Sesuatu istimewa di hati Adli

Assalammualaikum semua.

Lama sungguh lea tidak bersiaran kan. Minggu lepas lea mc seminggu sebab sakit mata;. Dengan bengkaknya, merahnya dan bertaik sekali. Pakej semua lengkap. Kalau merah je lea gigih jugalah pergi kerja. Ni bengkak dan bertaik ada sekali. Mc duduk rumah diam-diam sudah. Bosannya duduk rumah sorang-sorang hanya Allah je tahu. Sekarang Alhamdulillah. Dah semakin baik dah. Cuma merah-merah je yang masih ada.

Ok. Ni cerita Ahad lepas. Bawalah Adli jalan-jalan di AEON IOI Mall Puchong. Bawalah dia ke tempat permainan dan boleh pulak dia jumpa lori sampah. Dah jumpa peluk tak lepas dah. Harga bolehlah tahan. Suami cakap takpelah. Hadiah birthday dia pun kita tak beli lagi. Dekat IOI Mall Puchong gigihlah dia sendiri dok bawa plastic lori sampah sampaikan dia seret je plastik kotak tu bila dah penat.
Lori sampah begitu istimewa di hati Adli. Hahaha. Lea pun tak tahu kenapa. Sampaikan masa tidur dalam kereta di peluknya lori sampah tu. Bila main pulak dekat rumah minta abah buatkan sampah. Siap buat macam pekerja lori smapah tu. Oooooppppsss…berenti…berenti. Bila dekat rumah bila dia dengar lori sampah dia terus berlari ke balkoni untuk melambai pekerja lori sampah. Pernah di satu hari masa dia tengah mandi, bila dengar lori sampah dengan telanjang bulatnya dan rambut bersyampu dia berlari ke balkoni.







Layan jelah minat dia tu. Tapi satu jelah bila dah main lori sampah tak nak makan, tak nak minum dan susu pun tak nak. Sampai tersengguk sengguk main lori sampah.

5 ulasan:

  1. hahahaha....kalau tak salah dia, permaianan lori sampah tu memang peberet dia kan?

    BalasPadam
  2. laaaaaaa tak sangka adli suke lori sampah...comel2.... tapi budak2 mmg suke pun kan lea ...suke tgk lori tu dtg laaa pastu die kaut sampah..... tapi tak sangka adli sampai syg betul dgn lori die nieh..... comel jek siap ade sampah olok2 heheheeheheh....

    BalasPadam
  3. Hihi...cantik pulak lori sampah tu. Jangan dah besar sok jadi tokey lori tak Adli ni hihi...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.