MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 11 November 2015

Selamat Maju Jaya Buat Hanis ..

Assalammualaikum semua.

Jumaat lepas adalah hari terakhir Hanis di pejabat ini. Hanis dapat surat tukar pada pagi Jumaat. Tarikh surat Oktober tetapi tarikh pertukaran Ogos. Hanis pun tak nak tangguh-tangguh dah. Jadi Jumaat lepas dia last day dan esok (Rabu) dia akan lapor diri di tempat baru. Jumaat petang tu kami di Unit Pentadbiran buat jamuan kecil kecilan untuk Hanis. Hanya itu yang termampu. Last minit semuanya.


Hanis….

Adalah seseorang yang lea rapat di pejabat. Dulu kami sama-sama di Unit Pengurusan Sumber Manusia. Duduk bahagian latihan dan sama-sama pernah pergi ke Hotel Seri Malaysia Genting Highland menjadi urusetia Kursus Induksi. Tidur sebilik lagi tu. Hehehe. Lea lapor diri di pejabat ini Mei 2012. Masa tu Hanis tengah dalam pantang anak pertamanya. Lepas tu Hanis bertukar ke Unit Pentadbiran dan tak lama lepas tu lea pulak menyusul. Hehehe. Yang bestnya satu unit di Bilik Fail. Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Hahaha.


Hanis,


Saya doakan semoga hanis terus maju jaya di tempat baru. Cari pengalaman yang lain di tempat lain nis. Untuk kemajuan kerjaya Hanis juga. Yang penting jangan lupakan saya ye. Rindulah nanti nak jumpa Ziyyad dan Kaisah.


Nak selit sekali cerita ni. Hari jumaat juga ada seorang pegawai dapat surprise dari isterinya sempena anniversary perkahwinan mereka. Auw....auw... sweetnya. Jeles lea. Hahaha. Sebenarnya seronokkan bila dikejutkan oleh seseorang yang kita sayang. Lea pernah kena kejutan masa hari jadi yang ke 33 di Kuching. Korang boleh baca entry ni. surprise birthday 33 . Menangis terharu dibuatnya. Hehehe.




6 ulasan:

  1. Alahai tak bestnya..... kurang sorang kawan sekerja. Tp yelah .....bukan kuasa kita utk menghalang dia pergi ye Lea.
    Seronok bila diraikan, mcm dihargai.... Fuyoooo sweetnya .... dapat munge !!

    BalasPadam
  2. sedih kan bila kawan baik kena bertukar tempat kerja...tapi yang mampu hanya berdoa agar dia sukses walau dimana dia berada kan..

    BalasPadam
  3. trkjut jgak ttba je dgr Hanis kena tukar..

    BalasPadam
  4. saya nie kalau tetiba dapat surat tukar agak pitam gak memikirkan sebab dah setup semuanya dengan tempat kerja wife, dengan persekolahan anak2. tapi yerlah....orang lain pun sama juga dengan kita.

    BalasPadam
  5. moga yg terbaik bt hanis.... msti sedih kan bila kwn rapat kita pindah tempat lain.... dtg keje rasa mcm ada benda yg kosong...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.