MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 27 November 2015

Rewang buat Bubur Asyura di opis

Assalammualaikum semua. Salam Jumaat.

Jumaat lepas bahagian lea di pejabat buat rewang-rewang masak bubur asyura. Versi utara punya. Teruja juga sebab nilah kali pertama lea nak melihat macam mana bubur asyura ni dibuat.Makan tu banyak kali dah. Cuma macam-macam versi yang lea makan. Versi pantai timur, versi utara.. Versi utara pun macam rupa lea pernah makan. Origionalnya lea memang tak tahu macam mana rupanya. Tapi kalau dari segi rupa dan kandungan agak sama.
Pagi jumaat tu juga diadakan hari pantry secara potluck. Bawalah menu masing-masing ye anak-anak. Lea semestinya karipap je lah. Muka lea kat opis ni memang dah muka karipap Hahaha.


Sebelum acara memasak bubur asyura harus ada sesi potong memotong ye anak-anak. Akak hari tu berialah bawa pisau dan papan pemotong. Bila dah tengok ramai tukang potong takyahlah kot akak potong-potong ni. Suka betul tengok anak dara yang tudung merah tu. Rajin benar. Kosong lagi tu.



Lepas tu mulalah acara kacau mengacau. Tugas ini diserahkan kepada orang lelaki yang semuanya gagah perkasa. Abang sadolah katakan. Yang pompuan ni tukang tengok bolehlah. 

Dua orang bujang ni rajin betul. Bapak orang ni sibuk je. Sibuk nengok je. Yang dua orang ni boleh buat menantu ni. Hehehehe. Lalalala. Lariksss Lea. Ok salah seorangnya ada blog jugak. Ok ni linknya k   Blog Fendi . Lea…lariks lagi sekali…. 
Mula mengacau dalam jam 9 pagi. Siapnya dekat-dekat 12tgh. Alhamdulillah. Nasib baik sebab tengahari tu hujan lebat. Ok. Teruna dan dara ni rajin betullah. Sejuk je mata memandang.Sesuai dah tu. Hehehe.
 
 Kita packinglah kan. Dapatlah seorang sebekas. Rasanya…sedap..lemal-lemak gitu tapi ada sedikit manis. Takpelah. Kali pertama semuanya buat. Pengalaman dan pengajaran tu. 

Kan lea dah cakap.Rajin kan dia. Boleh buat calon menantu ni. Lari….. lari laju-laju lea....
Kita closeup sikit bubur asyura yang dimasak hari tu.

7 ulasan:

  1. Banyak sayuran dan isi itu yg sedap Lea
    Best kan kalau semuanya boleh bersatu hati - seronok kakak tengok

    BalasPadam
  2. hahahha..msih avaiable tu jejaka sorang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib anak iza lelaki kalau perempuan dah jd calon tu hahaha

      Padam
  3. bagus geng abang sado semua hensem berbaju kemeja.... igt kan dah tukar set baju untuk gotong royong

    BalasPadam
  4. bgsnya bt bubur asyura kt opis... sama2 blh rasa...
    lea tak penah rsa versi johor ke? kene try nih... kalu johor dia tak manis tp lbh pd pedas... cube lah ye

    BalasPadam
  5. bestnya buat reramai mcm ni...
    tapi aku tak reti mkn bubur asura ni...x berapa gemar sangat..
    tapi aku suka tengok gotong royong mcm ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.