MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 26 November 2015

Pindah rumah...seronok melihatnya...

Assalammualaikum.

Alhamdulillah secara rasminya anak buah suami along dan adik telah menyewa sendiri. Menyewa dua beradik je. Duduk pun tak jauh dari rumah lea. Selang beberapa blok sahaja.

Seronok tengok orang pindah rumah ni. Lagi-lagi budak bujang. Pada malam tu along ajak makcunya ni beli periuk, kuali dan barang-barang basic untuk memulakan hidup. Hahaha. Hidup di rumah sendiri ye. Lea memang ikut arahanlah ye. Lea ambik kuali sederhana saiznya, periuk satu kecik, satu besar sikit, sudip, senduk. Tapi bila lea sampai di kaunter itu dia… 3 bakul dan 1 baldi penuh dengan barang.Nak tergelak lea. Pandai kamu dua beradiklah. Ha…ambik kena RM290++. Dah tu g TESCO pulak. Misinya periuk nasi dan dapr gas. Ok. Complete dah.






Bila dah sampai di rumah exited betul mengemas barang-barang. Lea dan suami tolonglah sekali. Dak Adli pun sibuk jugak. Dok nak kutip plastic dan tu cakap nak buang sampah. Adli..lori sampah dan sampah tak dapat dipisahkan.

 Lea dan suami cakap pelan-pelan beli barang. Beli barang yang asas dulu. Yang lain-lain beli sebulan satu barang dah ok dah.
Tong gas yang takde lagi. Cepat beli long. Makcu pulak nak makan dari air tangan kamu.

Dulu mereka berdua menyewa beramai-ramai dengan budak bujang yang lain. Tapi bila dah ramai, kepalanya pun ramai. Dengan liat nak bayar sewa rumahnya, dengan buat-buat tak tahu nak bayar sewa rumahnya tu yang suami naishatkan korang berdua carilah rumah lain. Family dari kampung nak datang senang. Kamu dah ada rumah sendiri.
 Oklah. Makcu tahu kamu baca blog makcu ni along dan adik. Buat kamu berdua selamat memulakan kehidupan di rumah sendiri. Bila tengok mereka ni teringat masa kami suami isteri pindah rumah.

Senyum je dia. Duit dah banyak habis ye long? Takpelah. Mula-mula je.

4 ulasan:

  1. lieya setuju sgt dgn lea...sewa ramai mmg okey sebab leh jimat bayar sewa tapi bile dah byk kepala byk songehnye...mcm kes adik lieya laa mase belajar dulu kat uitm perak, sewa ramai2 pastu liat bayar bil letrik ...sampai beratus2 nak kene potong dah..... senang kalo sewa mcm ni kan lea.... rumah pun tak serabut dgn ramai org...

    kemain adli...rajin menolong hah...tgk dari keperluan yg lea siapkan tu dah lengkap tu..... baik ati lea tolong dieorg....

    BalasPadam
  2. Itu lah masalah nya bila gengs satu rumah susah nak bayar kan Mizz..
    Elok juga mereka menyewa adik-beradik..
    Macam Mizz cakap tu..
    Senang keluarga nak datang ke sini...
    Boleh menumpang tido kan..
    Sakan juga menyoping utk anak buah tu ye..
    Kita pulak macam pindah rumah baru..

    BalasPadam
  3. singgah pagi dan terus polow....amboi bersemangat sungguh bujang dua beradik tu pindah ye...lengkap semua perkakas dapo...teringat dedulu time anak buah akak pindah pon kiteorang semangat bukan main...

    BalasPadam
  4. Teringat kenangan masa mula pindah dok menyewa.. dari takde barang sampai penuh rumah.. Alhamdulillah.. rezeki anak2..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.