MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 11 November 2015

Hari makan sedunia

Assalammualaikum.

Cerita ni dua tiga minggu lepas. Memang hari makan sedunia bagi kami. Hahaha. Bayangkan pagi dok melepas gian dekat Meat Ball Ikea. Malamnya pulak terbayang-bayang Butter Prawn dekat Senandung Malam di Bagan Lalang.

Pagi-pagi jam 8.30 pagi dah gerak dari rumah. Memang niat dihati nak beli rak dekat Ikea. Dah alang-alang ke sana mestilah pekena Meat Mall dekat Ikea. Lea pergi dengan kakak ipar dan anak-anak. Pagi-pagi tak ramai lagi orang dekat Food Court Ikea. Dalam tak ramai tu tempat kami duduk dah sedia menunggu orang yang cop tempat.



Meatball ni kalau makan lama-lama muak juga dibuatnya. Kena makan sikit-sikit je. Alhamdulillah. Hilanglah keinginan nak makan meatball ni.


Malamnya pulak dah janji dengan anak buah nak makan-makan dekat Senandung Malam dekat Bagan Lalang. Kami pergi dua buah kereta. Kereta lea dan kereta abang ipar. Dengan hujan pulak hari tu. Nasib baik family abang ipar dah sampai dulu boleh dia cop tempat. Tengah makan hujan turun lebatnya. Nasib baik pakai baju hitam berbunga sikit tak nampak sangat lenjunnya. Atap kedai bocor. Hahaha.

Tiga bujang pingitan





Pepahat@ambal masak sambal pecah telur. 

Butterprawn yang sering terbayang-bayang

Kerapu masak tiga rasa

Licin


Alhamdulillah.Ada rezeki sikit kena share dengan orang lain kan. Bagi lea rezeki yang kita dapat tu ada bahagian orang lain punya.  Cuma rezeki tu melalui kita sahaja. Bukan niat untuk menunjuk tetapi untuk tatapan di kemudian hari. Kekadang apa yang kita buat sering disalah erti. Gambar lama-lama ni boleh buat kita tersenyum sendiri 3-4 tahun akan datang. 

1 ulasan:

  1. Tak pernah rasa meatball Ikea tu Lea. Ramai org cakap sedapkan. Nampaknya nak kena try jugaklah satu hari nanti.
    Wahhhh makan besar nampak.....berapa RM agaknya Lea kalau ramai cenggitu.
    Betullah tu.....tak rugi org suka belanja ni, malah dimurahkan rezekinya...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.