MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 18 November 2015

Family Day Bahagian Khidmat Pengurusan di KM Chalet, Kuala Linggi Part 2 - Akhir

Assalammualaikum semua.

Salam Sejahtera..

Apa kabar semua hari ni? Harap semuanya sihat-sihat saja. Dah lama rasanya tak menaip di dalam blog kesayangan lea ni. Diam tak diam dah 6 tahun lebih dah lea berblog. Sebenarnya blog ni dari tahun 2007 tapi tulah tangan gatal sangat-sangat nak godek sana nak godek sini jadinya terblok terus dah blog yang lama. Sayang lea dengan blog tu. Yelah. Gambar masa mula-mula di awal perkahwinan dulu semuanya ada kat situ.

Oklah. Banyak na mukadimah kak mon hari ni ye.

Hari ni akak nak sambung cerita family day Bahagian Khidmat Pengurusan . Ni part terakhirlah kiranya ye. Minta maaflah. Entry ni pun banyak jugak gambarnya. Ok...Malamnya selepas sukaneka tu diadakan majlis makan malam. BBQ dengan bertemakan Arabian. Yang akak ni ingat Arabian semuanya. Yelah masa taklimat akak MC seminggu sebab sakit mata. Hahaha. Jadinya dengan akak dengan adli sekali berjubah-jubahan. Abahnya...hmmm malas nak berjubah katanya. Alasan je tu. Kalaulah ada jubah yang sama macam Adli memang dia dah beli dah. Tapi minta maaf takde saizlah pulak. Tu yang berbaju melayu ngan seluar slack je tu. Akak lea kalau dah abah macam tu malaslah nak beria sangat. Cukuplah dengan jubah dan tudung segera yang membulatkan muka akak yang dah sedia bulat.
 

Untuk anak-anak malam tu rupanya tema superhero/princess. Kalau umie tahu umie dah bawa topeng spiderman ngan baju spiderman Adli. Ada harapan nak menang tu Adli. Gaya dah ada dah. Hehehe.Takpelah Adli lain kali cuba lagi. Yang penting Adli tak malu bila berhadapan dengan orang. Mesra alam sangat. Jangan macam umie ni ye. Malu-malu kucing. Malu tapi mahu. Hehehe. Adli ni sebiji macam abah. Campak kat mana pun boleh hidup. Korang tengoklah gambar-gambar dekat bawah ni. Adli sorang je macam-amcam gaya. Yang lain berdiri diam-diam je.






Malam tu juga diadakan acara bertukar hadiah antara kami. Lea dapat hadiah dari Fazirul@dol. Hadiah akak pulak dapat dekat Puan Sikin. Harap puan suka dengan hadiah tu puan. Cabutan bertuah. Agak bertuah jugalah. Dapat acuan untuk aiskrim. Bukan 1 tapi dua. Bagilah dekat kawan sebilik dekat pejabat. Yang bestnya dia bagi pemukul lalat 2 sebab dia dapat 4 pemukul lalat malam tu. Oklah tu cema sorang satu anak beranak pukul lalat. Hehehe.




Suami dengan tiba-tiba telah dipanggil untuk bagi hadiah cabutan bertuah. Hahaha. Macam YB lah En. Sham.




Ok...akhirnya...akak lea seronok dengan Family Day ni, Walaupun simple tapi meriah sangat-sangat. Tahniah buat semua urusetia dan jawatankuasa.

Terima kasih Daun Keladi

Tahun Depan Buat Lagi


7 ulasan:

  1. Taun depan nak join..InsyaAllah kalau msh kt opis ni lagi..hehhe wah adli sorang je yang beraksi, dia mng aksi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah pasalnya. Maknya salah bagi baju. Siap beli lagi tu. Kalau tau tema tu dah ada baju siap kat umah.

      Padam
  2. wah seronok pulak tengok anak-anak dengan pakaian beragam super hero masing2

    BalasPadam
  3. sonoknya...paling best tgk gaya si adli...kemain lagi...sporting...

    BalasPadam
  4. Kalau dapat pakai ikut tema lagi best ye Lea.....Gaya Adli dah kena sangat dah tu hihi....

    BalasPadam
  5. alahai sayang laa lea....tgk dari gaya tu mmg adli leh menang tu....tak takut2...siap aksi fire lagi hah.....takpe2 next year kene buat betul.....heheehehheh

    seronok kan dpt gather2 gini...opis lieya jarang dah buat gini..... bos mcm tak amik port bab kebajikan ....hahaah selambe ajek aku komen heheeheheh.....

    BalasPadam
  6. bilik km chalet ni ok x kak. cadang nk buat fmly day juga kt sini

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.