MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 13 November 2015

Family Day Bahagian Khdimat Pengurusan di KM Chalet Kuala Linggi Part 1

Assalammualaikum semua.

Salam Jumaat semua. Entry ni lea taip pada malam jumaat. Ahaks… haaa….fikir apa tu malam jumaat. No nakal-nakal ok.Hahaha. Entry ni banyak gambarnya. Kalau korang termuntah lea minta maaflah ye. Ni baru part 1. Tak banyak part pun. Sampai 2 je rasanya. Kena masukkan gambar-gambar yang ada sebab nilah moment indah yang dilalui dan tak pasti adakah ianya akan dilalui sekali lagi.

Family Day Bahagian Khidmat Pengurusan diadakan pada 7 & 8 November 2015 di KM Chalet, Kuala Linggi Melaka. Walaupun tak semua pegawai di BKP dapat menyertai Family Day kali ini, ianya simple tapi tetap meriah.
Ada ke yang kenal kat sini

Kami sekeluarga bertolak dari Puchong jam 10 pagi. Alhamdulillah perjalanan sangat-sangat lancar dan tak sesak langsung. Sukanya hati kiteee…. Hehehe. Seharusnya bila dah sampai kena mendaftarkan diri dan mengambil kunci bilik. Hambik kau lea bilik nun di atas di tingkat tiga. Penat rasa mengelilingi 3 padang bola bila sampai ke atas. Bila dah hantar beg ke bilik kita makan ye. Menu simple je. Sayur kobis masak lemak, ayam masak merah, ikan goreng. Kalaulah ada sambal belacan ke, ikan masin ke memang lagi laju makan lagilah dengan tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.




  
Petangnya aktiviti sukaneka dimulakan pada jam 3 lebih. Adli memang tak layak masuk sebab umur baru 3 tahun.            Sukaneka hanya untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas. Tetapi Adli nak juga masuk tu. Dia masuk pertandingan tiup belon paling besar. Tetapi Adli belon yang ditiupnya tak besar-besar pun. Takpelah Adli. Janji semangat nak masuk tu ada.






Lea pun masuk pertandingan meniup belon paling besar. Rasanya dah besar lea tiup belon ni tapi ada lagi yang paling besar. Nasib tak meletop je belon tu. Dah tu lea masuk pertandingan ambik gula-gula guna mulut dalam tepung. Hahahaha. Tak boleh blah betul Tiup-tiup tepung naik ke muka je. Hahaha. Bila dah ada pemenangnya lea tak habiskan perlumbaan tu. Memang dah tahu kalah dan muka dah penuh dengan tepung. Hehehe.





Abah pulak dok layan Adli sepanjang sukaneka berlangsung sebab Adli ni nak kelaut je. Tapi bila acara tarik tali dia terus ke depan. Minat betul dok tarik tali ni ye bang. Haa… ambik dua hari dok sengal-sengal badan sebab dok tarik tali. Tarik tali ni diadakan tiga pusingan. Pusingan pertama team suami kalah tetapi pusingan kedua dan ketiga mereka menang. Bila dah menang masing-masing terbaring kat pasir. Semuanya tak larat dah.















Adli….

Dari mula sampai nak ke laut.. nak ke laut. Menangis. Bila dekat bilik pulak dok buka langsir dok tengok laut dan asyik tanya abah bila nak mandi laut..bila nak mandi laut. Sebaik sahaja sukaneka habis bagi peluang kat Adli pulak. Sukahati kamulah Adli kamu nak meniarap ke nak baring ke kat pasir. Umie bagi peluang kali ni. Peluang keemasan jangan disiakan ye Adli.






Saat mengambil gambar kadang-kadang kita tak perlu bersedia pun nak pose. Yang gambar candid selalu yang menjadi. Banyak moment indah antara abah dan adli yang umie ambik. Cukup untuk umie tersenyum dan mengingati saat terindah itu bila umie membaca kembali nukilan ini.







Tanpa ku sedar anak umie dah besar.

4 ulasan:

  1. Kakak boleh tergelak sendiri Lea tengok semua tu.
    Belon Adli tak masuk pun angin hihi... nak lawan budak lain semua dah besar.
    Bila turn mama dia yg tiup tu dia mak ai besar haha...
    Seronok betul kakak tengok:)

    BalasPadam
  2. hahah belon adli mcm tu jgak ye..msti dia pelik tgk belon org lain dah besar2 dah

    BalasPadam
  3. family opis saya lak buat hujung bulan nie. dah la musim hujan sekarang. pastu tak berkesempatan nak joint sama dengan budak opis sebab ada komitmen lain.

    BalasPadam
  4. Mmg seronok dapat bergader gader cenggini ye Lea. Bukan main lagi Lea gigih meniup belon hihi....
    Okje tak suka tiup belon boleh sakit bhg rahang kita ni...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.