MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 26 November 2015

Anak bujangku sorang...


Assalammualaikum semua.

Nak cerita pasal dak Adli Sham ni. Dah nak masuk 3 tahun 2 bulan. Sekejap sungguh masa berlalu kan. Sekarang dia.....

1.      Yang nampak ketara sangat suka sangat dengan laut. Pantang jumpa laut. Dah tu nak mandi laut..nak mandi laut. Sanggup berejam mandi laut. Gayanya dia tu macam umur 8 tahun nak mandi jauh dari pantai. Idaklah umie bagi anak. Umie Abah yang tak larat dibuatnya. Gelap oooo duk berejam kat pantai.

2.      Pantang dia masa dalam kereta jumpa KFC dan MCD. Mesti dia peluk abah dari belakang dan cakap.. Abah…nak tu..sambil tunjuk sign board besar KFC/MCD. Bila beli yang dia makan hanya kentang goreng. Umie abahlah yang habiskan yang lain. Mana tak makin besar abah dan umie.

3.     Suka bercakap. Hari tu dok tanya opah. Opah nak makan apa? Nasi, ikan, ayam… Adli nak makan ayam. Abah….Adli nak KFC…Hahahaha. Ayam je KFC ye Adli.

4.      Kalau makan dia mesti nak cium dulu. Kalau tak kena ngan hidungnya memang takkan masuk kat mulut. Terus cakap tak sedap. Memilih kamu ye. Tapi bila dah lapar sangat makan juga.

5.      Sekarang dah pandai. Kalau kena marah ngan umie pergi kat abah cakap umie buat. Kalau kena marah abah pergi kat umie cakap abah buat. Pernah kena marah umie dan abah sebab tak nak tidur jam 12 tgh malam selubung dalam selimut mengadu kat selimut abah dan umie buat dan menangis dengan syahdunya.

6.      Pandai berkawan. Pernah sekali dekat IOI Mall Puchong. Abah dekat kedai computer dan Adli dok menyapa anak Negro ajak main. Hahaha. Anak Negro pun layan jugak. Dok berpusing berlari bermain berdua. Pernah sekali kena marah ngan anak negro terus g kat umie minta peluk. Dekat Dataran Putra dia dok cakap kat anak arab… Nak main bola? Hahaha. Mana-mana pergi senang dapat kawan kerana keramahan dia tu.Tapi bahaya juga sebab dia ni tak takut orang. Takut dok ngikut je orang yang tak kenal.

7.      Selalu request dekat rumah nak sup. Bila masak sup tak kira sup apa dia suka makan macam umie. Nasi sikit letak dalam mangkuk dan letak sup. Dah jadi macam bubur dah. Kalau macam tu semangkuk boleh habis. Macam umielah Adli ni. Suka sup. Tempoyak goreng pun dia suka.Kari pun sama. Hehehe. Anak umie ke anak abah ni.

Nantilah sambung lagi pasal Adli ni. Macam-macam benda dia buat. Nanti lea
cerita. 


3 ulasan:

  1. Pandai Adli... dah makin bijak... hensem

    BalasPadam
  2. adli boleh geng dgn aunty jugak...aunty pun suuuuka sup!
    gimme five!

    BalasPadam
  3. bukan kah dia ada mainan kegemaran dia tuh? hihihihi

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.