MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 16 Oktober 2015

Teringin sangat dah nak makan rendang ayam

Assalammualaikum…Apa kabar semua. Harap sihat je semuanya..Hahaha..rasa skema je. Baik je bunyi kan? Hahaha. Ni cerita pada selasa lepas. Balik kerja semasa memandu tu teringin benar nak makan rendang ayam. Sambil drive sambil berangan sedapnya kalau dapat makan rendang ayam yang dah hancur-hancur sikit, tulang pun dah lembut makan dengan nasi dah tu makan  dengan ikan masin. Ni cara lea kalau nak masak kena ada regunya. Kalau bukan musim raya kalau buat rendang mesti nak ada ikan masin. Jadinya sampai ke rumah bawa suami pergi supermarket dulu beli barang baru ambik Adli kat rumah pengasuh.

Sampai rumah..alahai suami ambik bahagian dada ayam semuanya isi. Lea suka kalau ada tulang-tulang tu. Jadinya bermula proses untuk menamatkan keinginan nak makan rendang ayam. Hahaha. Buat rendang ayam dan goreng ikan masin. Sempat juga rebus nasi impit yang paket-paket kecik sebanyak 7 paket. Buat ratah-ratah katanya. Hahaha.

Bila dah siap hidanglah nasi, rendang ngan ikan masin. Suami cakap…pergh…nilah yang sedap. Rendang ngan ikan masin. Bertambah dua kali teman sehidup semati makan. Sedap sangatlah tu. Adli? Bila disuapkan rendang ngan nasi sedaplah umie. Nak lagi. Alhamdulillah… Sedap ye umie masak.

Lebur sekali semua bahan. Senang kerja...

Siap dah..... Lea suka kalau daun kunyit banyak, tapi adatlah duduk kl katanya semua kena beli. Belilah seikat daun kunyit ada dua helai kecik-kecik pulak tu. Sabar jelah.

Goreng ikan masin ni dua ekor je. Nak lagi boleh goreng lain. Perah limay sedap ni.


Dulu masa belum kahwin mana tahu masak-masak rendang ni. Tahun pertama-ketiga kahwin pun tak lulus lagi rendang yang lea masak di deria rasa suami. Bila balik kampung gigihlah tengok mak mertua dan akak-akak ipar masak. Orang perak kan pakar buat rendang. Sekarang Alhamdulillah. Suami cakap dah sedap.

Pengajarannya…


Jangan mudah berputus asa. Untuk suami dan anak sanggup berbuat apa sahaja.Menuntut ilmu tu sampailah ke negeri China. Untuk kes lea taklah sampai ke negeri China. Cukuplah sampai ke dapur mak mertua.

7 ulasan:

  1. Waalaikum salam..

    Memang best rendang Perak...hihihih..
    Practice make perfect orang Jawa kata....makin lama masak rendang, makin expert...cuma saya mmg tak mahu belajar masak rendang....hahahaha

    BalasPadam
  2. sedap tu rendang, kena pula dengan ikan masin memang meletoplah...

    BalasPadam
  3. Betullah rendang kalau kena aroma daun kunyit memang mantaplah rasanya Lea
    Kakak jadi teringin nak buat juga pulak dah Lea:)

    BalasPadam
  4. sedap nye ...kite tak pandai masak rendang ayam ..nk makan order ngan mak mentua sahaja

    BalasPadam
  5. aritu msa mak saya dtg, konon2 nk tnjk skill msk rndang.skali je rasa rndang tu mcm lari sikit.ntah apa silapnya agaknya..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.