MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 20 Oktober 2015

Nak makan sedap tapi nak free....

Assalammualaikum semua.

Pagi tadi terbangun lewat sikit dan tak sempat nak buat sarapan. Jadinya kenalah beli sarapan untuk pagi ini.

Jadinya plan nak beli dekat abang yang lea selalu beli menu sarapan kalau lea tak sempat nak masakkan sarapan. Pagi tadi lea rancangnya nak beli mihun tapi takde pulak. Ada mee goreng dengan nasi lemak. Beli mi goreng jelah. Mi goreng, sambal sikit dan telur mata RM2. Kira lea berbaloi harga dengan kuantitinya.

Yang menjadi masalahnya dalam beg duit dan beg tangan lea hanya ada sekeping RM50. Jadinya lea bagi RM50. Dah tu abang tu cakap saya takde duit keciklah kak. Akak duit syiling pun takde ke? Masalahnya duit syiling dekat kereta, dalam beg semua Adli ambik masuk dalam tabung dia. Dia pun cakap takpelah, nanti-nanti akak bayar. Lea pun cakap oklah kan. Tapi dalam perjalanan ke pejabat lea masih teringat-ingat. Dia jual nasi lemak dan mi je. RM2 tu banyak jugak tu bagi peniaga kecik macam dia. Takpe esok aku kena bayar.Aku berhutang makan ni. Tak boleh jadi. Jadi darag daging mi ni. Kena bayar juga esok.

Alhamdulillah..sedap mi nya. Walaupun nampak simple terasa semuanya.

Lea terfikir tadi, orang percayakan kita. Walaupun RM 2 kan. Kalaulah jenis orang yang berfikiran tak payah bayarlah, buat-buat lupalah adui…tak terfikir ke yang di makan tu jadi darah daging kan. Ada satu kedai tom yam dekat ngan tempat lea. Ada pekerjanya yang perempuan rapat ngan lea dan suami. Dari dia Bujang sampai dah kahwin kalau kami datang kedai mesti dia datang berbual sekejap. Dia cerita ramai bang yang makan tak bayar. Mereka blah macam tu je. Nak panggil balik dah masuk dalam kereta. Laju je nak jalan. Entahlah. Nak makan sedap tapi tak nak bayar. Macam mana tu.

Lea belanja satu gambar budak yang tak nak tidur katanya. Rupanya lena sendiri ditepi sofa.Lea suruh tidur dia jawab tak nak. Dua tiga kali lea suruh tidur dan jawab tak nak tak nak. Lastnya dia jawab..Adli nak main jangan suruh Adli tidur umie. Lastnya tidur macam ni.




6 ulasan:

  1. hahhaha comey ...

    tapi kan tergamak buat cam tu kan ..mkn tapi tak byr ..pelik la hati batu ..muka tembok kan gitu ....die tak cite ke golongan ape yg selalu buat cam tu ....laki ke pompuan ke ... berkeluarga ke camne

    BalasPadam
  2. ada jgk yg mcm tu ek.... kalu mkn ngn family... dh mkn2 pastu balik gitu je... tak rasa bersalah ke... pelik betul kan

    BalasPadam
  3. tu mencuri namanye xde kesedaran sivik langsung xingt dosa pahala agaknye.... Nampak sngt dia xambil untung semata-mata, bagusla peniaga macamtu tp betulla benda yang jadi darah daging ni kita kena pikir panjang.

    BalasPadam
  4. kmk riya dok kafe opis mikey camtok juak kak. nakka kita amik laok bok bayar nak. mesti ada org makan ajak sik bayar and terus nait ke opis.
    rami org gya rasanya. jgn kita camya juak kak oo. ktk parcel nei kak?ingin juak mek jmpa kitak maybe alamanda ka kelak oo

    BalasPadam
  5. Yelah....hati mmg tak tenteram kalau berhutang kan Lea....asyik teringat ingat jer...
    Okje pun tak suka makan berhutang ni, bukan apa takut lupa!...
    Penat sangat si Adli tu, tapi nak main, sampai duduk sambil tido hihi

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.