MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 13 Oktober 2015

Makan tepi lombong jelah kita

Assalammualaikum.

Auww cak. Jumpa lagi ye kita. Ni pun cerita 2 minggu lepas kot. Bila dah hujung minggu tak keluar ke mana-mana waktu petang ada je cara nak keluar rumah kan? Tengok cuaca pun jerebu nampak dah kurang jadinya ajak suami g makan mihun sup dekat lombong. Lea suka makan mihun sup kat sini. Laksanya pun boleh tahan.

Jadinya pergi jugaklah kami tiga beranak. Bila dah sampai kat lombong Adlilah yang paling seronok. Kalau boleh dia nak terjun dalam lombong tu. Mulanya dia merengek nak main..nak main. Bila dipujuk-pujuk oleh abahnya senyap. Dia main-main area kedai je. Tapi kena diperati dak Adli ni. Cepat je dia nak turun ke lombong tu.

Jadinya hari tu lea order mihun sup dan teh ais. Suami pulak kuewteow goreng dan teh o.Kuewteow gorengnya ada campur daging. Sedaplah pulak campur daging. Selalu campur kerang je. Air teh  yang lea order Adli yang dok perabiskan. Sabar jelah.


Adli..rupa-rupanya dalam senyap dia dok ultraman tukang masak merangkap tokei kedai. Terkejut lea nengok dia dah nak buka langkah ultraman dia tu. Sampaikan dah bayar dan nak masuk dalam kereta tokei tu cakap. Babai dik. Nanti datang ke kedai achik lagi ye. Adli jawab.. ok babai smabil buat flying kiss dna buat muka comel dia. Aduh.. anak aku…

Mula-mula elok je ngan abahnya. Gambar kat bawha ni siap cakap sekejap ye bah. Dia nak turun ke bawah tu.


Ramai orang memancing dekat lombong ni

Dia buat kerja dah tu

Nak di firenya orang

Gaya orang nak bersantai. Kalau boleh dia nak baring dekat situ 




Mihun sup yang sedap

Kuewteownya pun sedap

Dah haus..teh o panas pun boleh kan Adli. Air umie dah habis dah

Manisnya senyuman anak umie.
Adli tujukan senyuman ni buat achik-achik yang baca entry ini.

6 ulasan:

  1. Seronok juga tu Lea..
    Makan sambil ditiup angin sepoi2 bahasa dari lombong tu..

    BalasPadam
  2. Haha......peramah si Adli ni bagus, tak takut orang.
    Nampak sedapnya mee hoon sup tu Lea. Kuew Teow atau mee hoon kalau buh daging mmg sedaplah Lea

    BalasPadam
  3. Alahai cair acik tgok adli ni comel n keletah sungguh..memang lea nmpk bihun sip n koteawnya macam menarik sedap

    BalasPadam
  4. amboi senyuman manis mcm gula. area mana lombong ni cc? puchong ke dengkil?

    BalasPadam
  5. msti best angin sepoi2 kt situ....

    adli mmg mesra alam tau.... geram nengok perut dia tuh... rasa nk cubit je

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.