MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 1 Oktober 2015

Ke Kellie’s Castle

Pada hari Jumaat lepas mak mertua ajak pergi rumah kaknyah untuk melawat mak kaknyah yang tak sihat. Untuk pengetahuan mak kaknyah telah meninggal pada 29.09.2015 seperti di dalam entry sebelum ni.Dari Sungai Siput kami ke Pasir Putih, Ipoh Perak untuk melawat adik mak mertua yang juga tak sihat. Dah tua kan, penyakit pun macam-macam yang datang. Beza sungguh dah dia sekarang. Kurus je. Diharap dia sihat dan cergas macam biasa.

Balik dari Pasir Putih kita baliklah Teluk Intan . Penat sangat rasanya. Yelah bertolak dari rumah dalam jam 9 dah tu jam 4 lebih baru nak balik. Tapi kami singgah jugaklah ke Kellie’s Castle. Kami sampai pun dha dekat nak jam 5. Dah nak tutup pun. Jadinya kami tak masuk kedalam. Hanya diluar je.

Jadinya aktiviti mengambil gambar pun bermula. Biasalah kan. Jadi kenangan dan stok untuk blog. Hahaha.




Satu gambar Adli tak tengok kamera. Satu lagi abah pulak tak tengok kamera. Umie juga yang maintain.


Suka tengok singnage ni. 
Sapa-sapa nak ke Batu Gajah  boleh tengok peta ni

Family photo. Alonglah ngambiknya kalau ada yang senget benget tu. Seni katanya. 

Sapa nun jauh dihujung sana

Tengah panas pun nak selfie ke long...

 Jadinya lepas bergambar sakan kita baliklah ye.Penat sangat-sangat ni.

4 ulasan:

  1. Lea penat tapi Adli tak penat pun. Tengok gambar pun tahu dia punya happy - suka kakak tengok.

    BalasPadam
  2. lieya penah lalu depan jek...nak singgah kononnyer tapi tak singgah sebb dayyan kecik lagiii mase tu..baby2 lagi...takut...org kate tempat ni keras ...ye keeee...ye laa keras sbb buat dari batu kan ekekekeekek

    BalasPadam
  3. Kalau ngantar anak mmg lalu sinilah Okje Lea....tp tak pernah lagi rasa nak menyinggah masuk dlm. Entah bilalah agaknya. Tp yg pasti....okje pasti nak singgah jugak satu hari nanti...

    Adli ni putih betul....ikut Lealah pastinya kan

    BalasPadam
  4. Cantik tempat ni ye Lea... nampak klasik sgt....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.