MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 23 Oktober 2015

Frozen, Chicken Wrap, Roti Sarang Lebah dan Bermukun

Assalammualaikum semua. Salam Jumaat

Pagi ni pagi-pagi lea dah berpeluh. Mengah rasanya bila sampai kat pejabat sebab lea bawak 27 bungkus kuih frozen. Ada karipap kentang, daging, ayam dan cucur badak. Lea tolong ambik order je. Kawan-kawan pesan lea tolong bawakan jelah.
Sapa-sapa yang duduk di Taman Putra Perdana, Puchong yang berminat  membeli kuih-kuih frozen bolehlah menghubungi Liza 016-6708440. Kuih-kuihnya dijamin sedap. Kalau untuk jamuan dekat pejabat selalunya lea order dekat kak Liza ni. Kalau untuk jamuan biasanya dia akan goreng terus kuih-kuih yang diorder.






Tengok muka orang kat atas ni. Tak malunya. Makan sampai terbeliak mata tu. Sedap sangatlah tu. Hahaha. Pagi dia lea buat ayam bungkus@chicken wrap. Rajin pagi ni. 4.45 pagi dah bangun. Suami kena pergi kerja awal. Katanya 5.45 kena ada di tempat bertugas. Bila lea call dia jam 7.00 tadi dia cakap kawannya telefon jam 8.00 baru berkumpul. Hahaha. Semangat tul En. Sham. Jadinya dia g tempat kawannya jelah. Buat chicken wrap ni mudah je. Lea suka grill ayam dengan sos bbq. Sedap. Dah tu campur carrot, timun, daun salad dan tomato. Kalau nak leh letak mayonis dan sos. Ikut sesuka rasa anda ye.


Semalam pergi TESCO nak beli barang rumah sikit. Kan gaji semalam. Kena topup semua barang. Yang beli baru senang hati. Sebelum membeli belah barang dapur kita singgah lu kat Burger King. Lama dah tak dating berdua ngan suami. Rasa macam zaman bercinta dulu-dulu. Hehehe. Lea ngan suami cinta jarak jauh. Suami kat KL lea kat Kuching meow..meow. Dating pun jarang-jarang. Kalau dating pun selalunya ada keluarga menemani. Hahaha. Begitulah kisahnya….Kenangan..kenangan….Ku tersenyum sendiri.


Ni kek yang Eda Anang buat untuk birthday Adli baru-baru ni.

Semalam lea order roti sarang lebah dekat kawan. Sedap dia buat. Masa dia hantar dekat rumah masih rasa suam-suam lagi sikit. Roti lembut je. Sos pun sedap. Memang sedap…Alhamdulillah. Syukur kepada nikmat yang Engkau bagi ni Ya Allah. Kawan ni jugaklah yang buat kek Birthday untuk Adli hari tu. Korang boleh pergi dekat facebook dia. Eda Anang. Macam-macam yang dia buat. Roti, kek, tart, pavlova macam-macamlah. Dia boleh buat ikut budget kita. Dan harganya sangat-sangat berpatutan. Sapa-sapa yang duduk di Taman Putra Perdana bolehlah order ye. Penghantaran di buat di dalam Taman Putra Perdana.




Semalam baca blog yang menceritakan mengenai majlis bertandak di Sarawak.Ni blognya Majlis Bertandak. Dekat Sarawak tu bertandak maksudnya menari. Majlis ni selalu di panggil bermukun. Masa lea kat pejabat lama dekat Sarawak dulu pernah buat majlis bermukun ni untuk persembahan hari keluarga. Kami wakil Sarawak dan semestinya kebudayaan Sarawak di bawa. Hahahaha. Nak gelak dulu boleh tak? Lea tukang pukul gendang. Sebulan berlatih pukul gendang. Boleh jadi sheikh gendang kata orang Sarawak. Tak ingat dah tahun berapa, tapi bila dilihat kembali bisa mengembalikan kenangan lama yang membuatkan lea tersenyum sendiri. Mahal betul sebuah kenangan kan?

Kek di Taman Putra Perdana
Kek Di Taman Putra Perdana Puchong

2 ulasan:

  1. Cantik kek besday adli tu..
    Kalau anak akak dapat mesti suka..
    OOhh bertandak tu menari ye Lea..
    Kalau di Semenanjung tempat akak ni dipanggil Joget lambak :D

    BalasPadam
  2. Banyak cerita ni rangkum jadi satu..seronoknya kuih semua sedap2..tmbh best lea luaskan rezeki kak liza tu..semoga rezeki lea juga bertambah.chixken wrap ohh 1 of my peberet gak..kek adli tu memang cntik sgt..kena tema upin ipin..dating berdua? Samalah kita jarang dpt waktu bersama camni.baru tahu juga pasal bertandak ni..lea pemukul gendang ye..igtkan lea yg bertandak.hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.