MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 20 Oktober 2015

Edisi kamek anak Sarawak -------------------->> Terung Asam

Alhamdulillah. Kenyang dah dan yang penting masakan dari rumah untuk makan tengahari tadi. Hari ni lea bekal terung asam rebus ngan cili, bawang dan belacan dengan ikan sardin goreng. Berselera makan.

Terung asam lea tak pernah jumpa lagi dekat semenanjung. Kalau ada korang bagi tahu lea ye. Terung asam ni banyak dekat Sarawak.Terung asam ni mak lea kirim dekat sepupu yang datang pada 4.10 lepas. Dah 16 hari dalam peti sejuk masih elok kejadiaannya, Terung asam ni sedap kalau di rebus bersama ikan. Macam kita buat singgang. Tapi tak payah letak asam dah sebab terung asam ni dah masam dah. Lea kalau tak rebus lea buat sambal. Lea bakar dulu sekejap. Buang kulitnya dah tu campurkan dengan ikan bilis, bawang, cili dan belacan yang ditumbuk. Berselera makan dibuatnya.

Menu sederhana lea untuk makan tengahari. Kalau beli mau RM5 juga ni kot. 


Bagi yang belum pernah melihat terung asam nilah terung asam. 
Gambar kredit untuk blog annissdairy 
Nilah gambar terung asam asam yang telah dipotong. 
Gambar kredit untuk blog mysarawak

Nilah cerita lunch saya hari ni. Bekal dari rumah dan Alhamdulillah jimat duit. Takde rasa was-was sebab sendiri masak kan. Korang makan apa lak tengahari tadi?

3 ulasan:

  1. bawa bekal sendiri, selain daripada jimat ianya terjamin dari segi kebersihan malah mengikut citarasa tekak sendiri kan? hihihi

    BalasPadam
  2. ble cite psl srawak ttba tringatkan dabai..lma xmkn..

    BalasPadam
  3. Mmg tak pernah okje jumpa terung asam tu Lea.... sedap ek? Macam sawi jeruk ke Lea
    Baguslah kalau bawak bekal sendiri lea, terjamin bersih, jimat pun jimat....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.