MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 1 Oktober 2015

Adli dan pistol bubblenya

Bila dah dekat kampung tak sah kalau tak ke Menara Condong. Malam-malam dah meriah dah dekat situ. Macam-macam benda yang dijual. Yang semestinya semua kesukaan kanak-kanak termasuk budak kecik Adli.

Cantikkan Menara Condong Teluk Intan ni malam-malam.

Pilih Adli jangan tak pilih. Umie bayar je nanti

Adli mula-mula dia berlari je kat situ. Bila dia tengok budak-budak dok main pistol yang keluar bubble tu mulalah dia nak juga. Nasib baik survey dulu. Ada yang jual sampai RM15. Umie beli je yang RM10. Sama juga. Adli ni kalau tak dibeli mulalah dia keraskan badan dia. Tak nak bangun sambil meraung-raung nak mainnnn…mainnnn. Bila dah dapat terus senyap.




Seronoknya dia

Apa dimenungkan tu mak?

Seronoklah dia bila dapat mainan tu. Dah tu dok main dengan sorang budak pompuan chinese . Seronok dia. Adli ni dia rasa dia tu dah besar sangat dah tu. Padahal umur baru nak masuk 3 tahun.


Umie lak duduk je kat tangga Menara Condong ni. Dia juga nak duduk. Lastnya berdiri kat situ main kat situ. Sampai habislah bubble tu. Nasib baik dah habis tu diajak balik nak balik. Risau juga kalau dia  meraung-raung tak nak balik.

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.