MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 19 Oktober 2015

Abang RELA berkawad sorang-sorang

Kiri kanan kiri. Tiba-tiba terdengar orang macam berkawad. Kiri kanan kiri. Masa tu lea kat luar bilik. Suami tengah sembahyang di bilik lagi satu. Adli lak tengah rasanya tengah baring dalam bilik lea sambal hisap susu. Lea pun mengintailah ke dalam bilik lea. Rupanya si kecik lea tengah berkawad sambil bawa senapang dan pakai topi RELA abahnya. Lea nak cakap apa sebab Adli tengok je lea terus angkat tangan tabik hormat. Hahaha

Dah dia bagi tabik  hormat kat umie dok sembunyikan diri, malu katanya. 
Senapang ni anak buah yang bagi kat dia sempena hari jadinya hari tu 
Korang tengoklah gayanya tu 


Adli ni…. Makin besar makin macam-macam dia buat. Semalam petang lea dok pakaikan pampers dia sebab nak bawa dia jalan-jalan. Tiba-tiba adalah budak kat bawah dok memanggil-manggil kawannya. Dia dok cakap ..

“Woi!! Cepat sikitlah lewat ni”

Sekali Adli yang tengah dipakaikan pampers menjawab…

“Tunggu!!!…aku tengah pakai baju” 

Suami tengok lea, lea tengok suami. Macamlah orang dok panggil dia. Tu yang suami cakap… “ Nilah gayanya anak awak bila dah besar dah pandai berkawan. Tapi bila diingat-ingat tergelak sorang lea dibuatnya.


6 ulasan:

  1. Semakin banyak akal tu Lea
    Ada aje yg Adli akan buat.
    Tunggulah sampai satu masa jenuh Lea nak jawab semua apa yg ditanya.

    BalasPadam
  2. hahaha...teringat kat si bongsu saya. berseluar pendek tapi pakai kopiah. kekadang pakai pampers saja pun suka pakai kopiah. yang musykil bila masa raya, pakai baju melayu set lengkap, kalo kita letak kopiah tak lekat pulak kat kepala dia. hahaha

    BalasPadam
  3. kalau duduk sblh ayahanda rani kulup, agak2 nyer boleh dpt brapa like ni??? ;-)

    eeee comellllll

    BalasPadam
  4. dah pandai berdailoq ye Adli ni
    seronokkan tengok anak2 membesar dgn berbagai ragam

    BalasPadam
  5. Banyak akal dia ye..dh besar tu adli..dh kena potty train cerai lampin dah ni.hehehe apa pub memang comel la kelaku adli kawad siap tabik hormat kat lea..boleh imagine comel.hehe

    BalasPadam
  6. Esok bila anak anak dah besar, mulalah kita teringat ingat perangai kecik kecik depa kan Lea.....alahaiii...kita pun tua huhu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.