MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 14 September 2015

Tudung makcu pun boleh ye along....

Assalammualaikum.

Berjumpa kita di entry kedua untuk hari ni. Rajin betul ye lea. Hehehe. Buat auto publish je. Menaip dimalam hari ketika Adli senang tidur lena. Bila jaga tu jangan haraplah lea nak onkan laptop sebab dia juga yang akan menekan keyboard.

Cerita ni minggu lepas. Alkisahnya budak along ni dapat temuduga SPA untuk satu jawatan beruniform. Kalau badan beruniform ni mesti ada ujian fizikal kan dan seterusnya temuduga. Along ni memang dah kerja beruniform dah Cuma nak mencuba untuk mendapatkan jawatan yang lebih baik.

Jadinya esok nak temuduga tu dia whatsup lea tanya makcu pandai ke buat resume. Lea cakaplah tanya acu sebab dia biasa dok hantar2 resume ni. Jadi malamnya dia datanglah rumah. Dengan harapan untuk membuat resume bersama tok gurunya suami lea. Lea tanyalah borang tu, borang ni dah print tu, print ni, rupa-rupanya ada yang dia tak buat dan yang paling win takde gambar untuk dilekat dekat resumenya. Malam dah lewat jadinya lea masuk bilik dululah. Esok lea nak kerja. Tinggallah along, suami dan Adli kat luar. Dari dalam bilik lea dok dengar Adli mengekek ketawa dan pakcik dengan anak buah riuh je.

Tak tahan dah dengar riuh jetu lea pun keluarlah. Lea pun sama gelak. Rupanya sesi mengambil gambar dan tudung bawal biru lea mereka buat background. Hahaha. Lantak komelah yeop.




Esoknya anak buah call lea.

Dialog antara kami.

Along :           Makcu…along gagallah. Lari 2.4km lepas, BMI lepas ada ke dia cakap Along               jalan terkemut-kemut.

Makcu:       Hahahaha. Memang kamu jalan gayanya ada pelik sikit. Bukan rezeki.Cuba lagi.

Along :           Jangan bagi tahu acu ye. Nanti kawa-kaw dia kutuk along. Hahaha.


Memang bila suami dah tau memang teruk dia kena. Kadang-kadang mereka ni buat lea tergelak je. Nasib baik tahan telinga kena kutuk acunya. ….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.