MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 8 September 2015

Sesekali berkaraoke

Assalammualaikum semua.
Lama juga tak meluis di blog ni. Oklah. Kita sambung sikit cerita 31 Ogos tu. Tak letak sayang pulak. Gambar dah ambik. Ada juga boleh dijadikan tatapan di kemudian hari.

Balik dari Dataran Merdeka kami singgah makan di Sungai Besi. Sedap pulak masakan akak kat gerai tu. Lea ambik pajeri nenas dan ikan keli goreng. Sedap betul makan. Adli pulak ayahnya suapkan kari ikan dengan nasi. Suka pulak dia makan. Dah tu kita terus baliklah.Adli pulak menyambung tidur di dalam kereta.

Sampai-sampai umah masing-masing dha terbungkang. Lea pulak keluarkan daging hancur sebab dah janji dengan adiknya si along nak buatkan spaghetti untuk dia. Adik along masa ni menghabiskan cuti merdeka di kampung dekat Kampar. Dia cakap dia balik dalam jam 12.00 tgh. Oklah sempat nak masak petang karang. Boleh tidur dulu. Siap solat Zohor memang tidurlah dan sedar-sedar adik call dia kat depan rumah. Hahaha.Memang tidur mati keempat-empat kami. Kelam kabut bukakan pintu dan mula masak spaghetti untuk adik ni.



Alhamdulillah siap sudah spaghetti yang dijanjikan. Silalah menjamu selera ye. Dah petangnya masing-masing dok tanya nak buat apa lagi. Adanya nak main bowlinglah, nak jalan-jalanlah dan akhirnya sebulat suara kita main bowling. Nak main dekat area Nilai sebab nak hantar spaghetti dekat Azmeer sepupu lea di Salak Tinggi.

Nilah alongnya

Ni pulak abang adik kata Adli

Kami bertolak selepas maghrib. Dah hantar spaghetti dekat Azmeer kami pun ke tempat yang dirancang. 


Siri jejak kasih. Dulu along duduk dengan lea masa mula-mula dapat kerja. Azmeer pula hujung minggu je balik rumah lea. Memang mereka berdua dulu kalau hujung minggu je jam berapa ntah tidur. Kadang-kadang bising juga lea dibuatnya. Yelah.Tinggi hari baru nak bangun tidur.



Bila dah sampai dah bertukar ke karaoke pulak dah. Bowling lain kali. Oklah. Ambik 2 jam dengan bayaran RM55. Memang tak pernah berkaraoke ni. Masing-masinglah ambik peluang lepas geram menyanyi. Dengan Adli sekali menyanyi. Lagu ABC dan 5 LITTLE DUCK. Hahaha. Yang lain dia dok menari. Berpeluh-peluh dia menari. Bersenam je Adli.




Seronok berkumpul ramai-ramai macam ni. Macam-macam aktiviti boleh buat. Lain kali kita plan lain ye Along n Adik. Hehehe. Adli panggil adik abang adik. Nak tergelak dengarnya.

6 ulasan:

  1. seronok kalu duk ngn adik2 sekali nih,... riuh di buat nya... or ngn sepupu2 kan...

    dh namanyer cuti mmg kejenyer jln2 pastu msk2.... sdp nengok spageti tuh... pastu yg sebelah spageti tuh apa? puding roti bakar ke?

    amboih suke lah adli dpt berkarok sekali yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah.puding roti.buatnya sehari sebelum tu. Dah ada orang kat rumah keluarkan jelah. Habis pulak tu.

      Padam
  2. Seronok adli karoke ya..sesekali lepas geram camni best.nyanyi smp lebam..adlibpun oandai nyanyi rupanya ye.hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pn. Lea Ismail,

    Seronok makan-makan dan bersantai.. Wahh sesekali berkaraoke memang best..
    Masa ni keluar bakat terpendam.. hehehe

    BalasPadam
  4. Baiknya Lea ni.... si Along ngan Azmer tu sepupu Lea ke. Rapatnya....baguslah kan sedara kalau cenggini.

    Mana lea? Tak menyanyi ke?

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.