MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 30 September 2015

Restoren Senandung Malam Bagan Lalang

Ni cerita 2-3 minggu lepas. Nak kena masuk juga dekat blog untuk rujukan kemudian hari. Hahaha. Rujukan? Yelah nak rujuk berapa kena bayar untuk kali ke5 berkunjung ke situ. Boleh macam tu?

Untuk makanan laut yang segar Senandung Malam di Bagan Lalang adalah pilihan lea. Selain makanannya yang segar harga adalah sangat-sangat berpatutan. Kali ni kami pergi dengan kaknyah dengan anak-anaknya dan along dengan insan teristimewa. Insyaallah. Kalau dah jodoh tak kemana tu along. Makcu tahu kamu baca ni. Hahaha

Kami bertolak agak lewat dan hujan pulak pada petang sabtu tu. Nasib baik sampai di Restoren Senandung Malam tu hujan dah berhenti tetapi ramai betul yang datang pada petang sabtu tu. Nasib baik ada tempat duduk dekat luar tapi meja dan kerusi basah. Minta pekerja kedai lapkan dulu.

Dekat sini kita pilih sendiri makanan laut yang kita nak dan kita bagi tahu je kita nak masak apa. 

Sambil pilih lauknya sambil ambik gambar orang bakar ikan. Macam manalah dia nak kenal ikan untuk meja yang mana ye. Mesti tukang bakar ada sistemnya sendiri. 
Tengah pilih kerang dan udang 
Adli dekat sini je dia paw umienya RM14 untuk mainan yang pusing-pusing sambil kuarkan bunyi.Abahnya pulak dia paw RM13 untuk topeng spiderman. Pandai kamu ye Adli. Yang tukang jual pulak boleh kedainya menghadap Restoren Senandung Malam ni tak menghadap jalan raya. Strategi yang baik untuk ambik perhatian kanak-kanak. Mak bapak kanak-kanak yang parah. RM27 untuk mainan je tu. Takpe anak sorang je bak kat kaknyah. Tu yang Adli elok je masa tu duduk. Kalau tak mau merayau satu restoren.  
Ambil gambar acu dan along. Dah dua-dua gelap memang nampak samar-samar je kan. Jadinya minta pasangkan flash kamera untuk cerahkan sikit. Sikit je long ye.Hahahaha. 

Bergambar kenangan dengan makwenya si along. Comel lote je orangnya. 3 badan dia baru badan lea kot. Terasa diri ini snagat besar.  Hahaha. Pelan-pelan kecikkan badan, yang penting sihat.Betul kan? Hahaha. Akhirnya bergambar dengan teman baik, x boyfriend , x tunang dan suami kesayanganku yang telah hidup hampir 10 tahun bersama. Termasuk masa kenal dah 12 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu.  

Jadi untuk kali ni menu kami.

Ikan siakap seekor masak 3 rasa-sedap
Ikan kerapu seekor masak 3 rasa- sedap
Udang masak butter 2 pinggan besar – sangat-sangat sedap
Pepahat masak sambal pecah telur 1 pinggan
Sotong goreng tepung 1 pinggan-sedap
Ikan kembung bakar 2 ekor – lea sangat suka dengan sambal untuk cicah.
Kailan ikan masin untuk 6 orang makan- bolehlah
Kerang bakar 1 pinggan-fav ni memang sedaplah
Air limau 1 jug
Air tembikai 1 jug

Harga keseluruhan RM 217.00 untuk 8 dewasa dan sorang budak kecik yang namanya Adli. Sangat puas hati dengan kuantiti yang diambil dan masakan yang ok pada tekak lea n the gang. Yang paling best kali ni ada butter prawnnya. Sebelum ni order juga tapi tak menjadi sangat sarang telurnya. Tapi kali ni cantik betul sarang telurnya dan rasanya sangat sedap. Dah macam dekat Chinese Muslim Restaurant punya butterprawn.


Cakap dengan suami nanti nak ngulang lagi. Nak ratah udang je nanti.

4 ulasan:

  1. Seronoknya makan ikan bakar ye UA..
    Ramai yg suka pergi Restoren Senandung Malam ni..
    Teringin pulak CH nak menjejakinya :)

    BalasPadam
  2. rasa mcm dah lamanya xmakan ikan bakar..mengundang selera betul

    BalasPadam
  3. Wah makan besar lea..adli pun paw besar tang mainan.hahaha klu makanan sedap harga berpatutan ok la ble repeat makan situ lg

    BalasPadam
  4. Lea yg belanja ke tu....
    Okje tak pernah sampai Bagan Lalang ni Lea kalau nak makan seafood. Okje gi Umbai selalunya. Lagi pun dah terlanjur balik kg tu kan....

    Kalau makan berdua dan Adli biasanya berapa Rm Lea kena

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.