MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 9 September 2015

Rajin membeli..membeli dan membeli lagi.

Assalammualaikum.

Ni nak cerita sikit pasal kita orang perempuan ni. Nak tanyalah korang pernah tak beli sesuatu barang sedangkan korang dah ada barang tu. Punca membeli? Ingatkan takda dan nak guna jadinya kita belilah ye.

Alkisahnya balik dari PD ajak suami singgah dekat Nilai. Sebab? Lea nak beli mangkuk besar yang dah dipecahkan oleh suami dan nak beli bekas segiempat Pyrex yang lea pernah tengok dekat kedai kat Nilai tu murah. Yelah bekasnya tahan lasak. Boleh masuk oven atau microwave. Dah lea membeli sampai dekat rumah bermulalah perbualan suami isteri diselangi gurauan Adli.

Suami yang manis  :           Bukan ada ke bekas segiempat tu.

Isteri yang manja    :           Mana ada…Lama dah ayang nak beli ni. Senang nak bakar 
                                            pudding roti, bakar ayam. Letak dalam bekas ni je.

Suami yang manis  :           Yelah. Abang rasa ada. Takpelah.

Keesokan harinya suami pagi-pagi dah mengemas stor.

Suami yang manis  :           Kan…abang dah cakap ada. Sama je rupa. 3 bijik juga ni.

Isteri yang manja    :           Aaahlah.Bila beli ni?

Suami yang manis  :            Manalah abang tau. Ha..ni apa ni masih berplastik lagi. Siap 
                                            tanda harga lagi.

Isteri yang manja    :           Aaahlah….(Tak tahu nak cakap apa)

Ambil telefon, dail no rumah dekat Kuching.

Kring..kring..kring

Emak yang lembut   :           Hello

Anak yang taat         :           Emak, nak tanya. Masa pindah rumah dulu emak ada simpan 
                                             tak pinggang mangkuk dalam kotak.

Emak yang lembut   :           Aah. Emak ada simpan. Mak balut dalam kain takut pecah. 
                                            Semua baru beli. Sayang...takut pecah

Anak yang taat         :           OoOoOoOoOoOo Oklah mak. Nak tanya tu je.

Jadinya. …..Nak buat macam mana ye? Isteri yang manja main beli je. Dah tu tak ingat. Emak yang lembut memang dah betul dah simpan elok-elok. Suami yang manis pulak tak buka semua-semua kotak di dalam stor. Ada lagi 3 kotak yang bertagging barang kaca di dalam stor. Huhuhuhu.

 p/s           Isteri yang manja dan Anak yang taat adalah watak yang sama.

Bekas ni beli RM5.50 je satu. Dha tu simpan dalam kotak.

Korang tengoklah. Semua jenis pinggan ada.

Yang segiempat tu jadinya sekarang lea dah 6 biji dah benda yang sama. 
Takpe....nanti-nanti tu adalah gunanya.


 Masalahnya...Nak letak kat mana ni?

5 ulasan:

  1. Betul tu Lea.....sama mcm okje, masalahnya nak letak kat mana, beli tu mmg suka hihi... walaupun tak guna sekarang, sebab nanti nanti boleh guna....betul tak Lea...
    Kalau ada open house mmg banyak gunanya tu

    BalasPadam
  2. Kalau dah duduk dlm kotak tak dibuka manalah nak tahu apa isinya
    Ini dah ada baik gunakan...

    BalasPadam
  3. wahhh! bestnya...suka watak anak yang taat dan isteri yang manja tu..hihihi

    BalasPadam
  4. fitrah perempuan...walaupun barang tu barubeli semalam..tetap beli lagi hari ni...

    BalasPadam
  5. hahaha....skrip ini macam terdapat di mana2 ajer. kih kih kih termasuk kat sini

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.