MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 14 September 2015

Pedas-pedas sedap....

Assalammualaikum semua.

Ada masanya bila kita teringin nak makan sesuatu memang tak boleh nak tahan-tahan dah. Orang mengandung pun kalah mengidamnya. Hahaha. Selalunya lea kalau teringin nak makan sesuatu tu bolehlah menahan lagi segala keinginan tu.Sebenarnya lea teringin nak sangat nak makan ayam penyet. Dah lama dah. Cuma tak berkesempatan lagi nak pergi makan. Tetapi semalam singgah kat satu kedai dekat Dengkil tengok gambar ayam penyet memang masa tu juga nak makan. Jadinya bila suami tanya nak makan apa, memang ayam penyetlah jawapannya.

Tiga beranak sedang menjamu selera
Lea sorang je makan ayam penyet. Anak-anak buah dan suami makan nasi campur. Begitu juga dengan Adli. Nasi campur labu masak lemak. Tu je pun dia makan. Ambil tak sampai satu senduk nasi dengan labu 3 potong yang kecik2. Dah tu kuah lemaknya. Kena charge RM1.50. Ada kedai yang tak charge langsung Adli punya nasi. Ayat yang biasa didengar. Takpelah kak. Budak. Tak banyak mana pun dia makan. Tapi semalam Adli kena charge. Hehehe.

Ayam penyetnya yang pedas dan tuan tanah kedaung yang sedang menahan kepedasan 


Kembali kepada ayam penyet yang diorder. Pedasnya sambal. Baru sekali suap air hidung dah mengalir dah. Hahaha. Air tambah lagi satu gelas. Tapi serius memang pedas tapi pedas-pedas sedap gitu. Hehehe. Satu set ayam penyet RM 7.00. Lain kali kalau nak makan ayam penyet memang boleh pergi kedai tulah.


Tulah kan bila balik Kuching masa cuti hari raya memang takdelah kedai buka. Ayam penyet yang paling sedap lea pernah makan di salah sebuah kedia dekat Kuching. Kta sini lea tak jumpa lagi. Tu yang teringat-ingat dan terkenang-kenang tu.

3 ulasan:

  1. Adli murah rezeki sebab tu selalu org tak charge. Ada yg nak bersedekah tu Lea. Yg charged tu jenis berkira sikit. Tak kisahlah kan..

    Itu yg kepedasan tapi puas dah dpt apa yg diidamkan:)

    BalasPadam
  2. Sayakan kalau tak pedas, memang tak 'kick'lah nak makan. Sambil bersulam air mata makan memang best. Barulah terasa nikmatnya.Tapi selalu macam tu kan bila kita teringin nak makan takdalah pulak kesempatan, peluang nak pergi merasa. Bila tak teringin sangat, melambak depan mata orang jual.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.