MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 1 September 2015

Muzium Tentera Darat, Bandar Tentera Darat, Port Dickson

Assalammualaikum semua.

Apa kabar korang hari ni? Yelah..seronok kan bercuti 3 hari. Tapi tulah sekejap benar rasanya masa berlalu. Korang ke mana cuti ni? Lea cuti kali ni memang betul-betul berjalan sakan.

Hari Sabtu lepas kami ke Port Dickson. Rancangan nak pergi ni tercetus pada hari jumaat malam sabtu. Call anak buah dan akak ipar, mereka cakap ok dan plan menjadilah kan.



Kami bertolak ke Port Dickson jam 10 pagi. Nasib baik highway clear je hari tu. Mungkin orang dah ramai balik kampung pada Jumaat kot. Destinasi pertama kami Muzium Tentera Darat, di Bandar Tentera Darat Port Dickson. Yang paling seronok semestinya Adli. Bila tengok model keretapi lama Adli siap cakap Thomas & Friends umie. Hehehe. Yelah Adli. Seronok dia ke satu keretapi ke satu keretapi.




Bila tengok kereta kebal siap nak ambil gambar kat kereta kebal. Memang tak kisah dah dia nak berpanas masa tu. Bila bawa masuk ke ruang pameran Adli takut dah. Adli ni sebenarnya takut dengan patung-patung pameran ni. Kalau dekat kedai-kedai pakaian ni dia mesti nak larikan diri bila Nampak patung-patung pameran ni.




Oh ya, dekat Muzium Tentera Darat ni ada satu taman. Siap ada jambatan gantung. Adli naik juga jambatan gantung tu. Punyalah berani anak umie ni. Kalau umie memang taklah kot. Takut umie tiba-tiba umie naik masa tu juga terputus jambatan ni. Hahahaha.

Kalau korang berkesempatan cubalah pergi sini. Untuk anak-anak mereka mungkin minat. Ada model keretapi, kapal terbang, kereta kebal dan macam-macam lagilah. Dan satu lagi tarikan di Muzium ini ialah Terowong PKM. Kami ada masuk tapi tak ambil gambar.


Untuk pengetahuan semua, Muzium Tentera Darat dibuka pada hari Rabu hingga Ahad bermula jam 10 pagi - 5 petang. Pada hari Isnin dan Selasa, tiada lawatan dibenarkan. Lokasinya pun mudah untuk dicari, iaitu jalan menuju ke Pantai Port Dickson. 

9 ulasan:

  1. setiap kali ke PD tak pernah singgah lak muzium nie. next time alang2 dah ke sana, nak singgah la jugak

    BalasPadam
  2. kalau dekat mmg dah sampai ke sini kena tunggu balik kampong dulu lah ni

    BalasPadam
  3. Bestnya Lea.. memang dah lama teringin nak singgah Muzium tentera darat ni..
    Tiap kali lalu balik kampung en suami.. tak tersinggah pulak..
    Ingat balik raya haji ni nak lah pergi kesitu..

    BalasPadam
  4. Selalu kalau gi PD mmg lalu jer Lea.... malas nak singgah maklumlah anak anak dah besar panjang hihi....tak de sapa yg teringin nak tengok....
    Okje dapat bayangkan camne happynya Adli tu

    BalasPadam
  5. Tak pernah sampai lagi.. akan kuusahakan ke situ jugak nnti.. ;)

    BalasPadam
  6. Menariklah Lea.. Kakak tak pernah sampai pun
    Tengok jambatan gantung tu macam best aje:)
    Adli bukan main seronoklah ye..

    BalasPadam
  7. 3 tahun saya study kt PD tapi tak pernah jejak..huhu menarik juga tengok muzium ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.