MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 15 September 2015

Merancang sambutan birthday anak - umie yang terlebih teruja

Assalammualaikum semua.

Hari ni sekolah tutup sebab jerebu. Jalan sangat-sangat clear hari ini. Kalau hari-hari macam ni kan seronok. Yang pasti sekolah Adli di rumah ibu buka ye. Hehehe.

Adli 7 Oktober ni genap tiga tahun. Ingat nak buat sambutan birthday dia sikit. Masa dia setahun dan dua tahun lea tak buat pun. Sebab lea fikir dia belum faham nak tiup lilin dan nak potong kek. Memang cadangnya nak buat masa dia umur tiga tahun.

Dalam minggu lepas lea tunjukkanlah gambar-gambar kek. Seronok dia tengok. Dan yang paling dia suka kek upin ipin. Adli nak ke lea tanya. Dia jawab nak dah tu siap nyanyi lagu Happy Birthday To You. Lepas tu buat aksi tiup lilin. Lea tanya Adli buat apa tu? Adli tiup apilah umie…

Dia dah tahu  dah. Cakap dengan suami kena buat jugaklah bang. Kesian dia. Bagi dia seronok dengan kawan-kawan. Dah tu umie dia pulak terlebih exited nak plan birthday dia. Di kepala ni macam-macam nak buat. Buat mana yang termampu je. Tak nak bazir-bazir. Yang pasti Adli dan kawan-kawan seronok.

Sekarang dah mula nak fikir

Tema? Upin Ipinlah..Adli suka benar Upin Ipin. Ada dialog2 Upin Ipin tu dia dah ingat.


Tarikhnya mungkin buat hujung minggu

Masa mungkin buat petang. Kita buat minum petang

Tempat dah ada

Kek Birthday dah ada dah. Minta buat yang paling besar yang boleh dibuat. Hahaha. Melampau umie Adli ni. Taklah besar mana. Ikut budget umie dana bah. Sebenarnya lea nak bagi semua yang datang boleh rasa kek birthday Adli.  

Goodies Bag – Insyaallah dah ada perancangan. Cuba nak elakkan bagi jajan-jajan.

Menu pulak tengah dok buat list menu mana yang sesuai Mungkin ada yang disorder dan buat sendiri. Lama dah tak membaking ni.

Photobooth pulak ada permintaan anak-anak buah nak photobooth. Makcu ok je……... Apa yang penting kerjasama…


Hiasan … abah dah bagi idea dah. Abah cakap dia nak buat sendiri.

Umie pulak yang terlebih teruja ni. Belum lagi sambut menantu ye dak?

2 ulasan:

  1. Anak gembira mak teruja.. ;)
    part paling ai suka sesi bergambar... ekekeke..

    BalasPadam
  2. Yelah Lea.. bagilah peluang Adli merasa happy sambut birthday dgn kawan-kawan. Adli pun dah makin cerdik dah faham dah..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.