MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 17 September 2015

Kenangan sepanjang zaman...

 Perkongsian dari facebook kawan lea.
Bila tengok gambar-gambar ni lea tergelak sendiri. Hahaha. Lea adalah insan yang pernah kena hukuman macam tu. Nakal betul masa sekolah dulu. Alhamdulillah. Nasib baik jadi orang sekarang ni. Korang pernah kena hukum macam ni? Korang nakal tak dulu.

Bila dikenang kembali zaman sekolah dulu elok je main kejar-kejar bercampur lelaki dan perempuan. Tapi bila dah masing-masing jadi anak dara dan teruna masing-masing dah malu dah. Hahaha. Korang nak tau lea dulu nyaris-nyaris nak dijodohkan dengan anak kawan baik mak dan teman sepermainan lea dulu. Hahaha. Tapi lea tak nak. Lea cakap dia hitam….Cakap orang diri sendiri hitam berkilat dulu. Hahaha. Serius tau lea memang gelap betul dulu. IC masa lea darjah 6 dulu yang JPN dah gunting ada dalam simpanan suami. Buat kenangan katanya. Lea sendiri malu tengok gambar dalam ic tu. Hahaha.Sekarang ni tak boleh dah budak-budak nak bermain bercampur lelaki perempuan macam kita dulu-dulu. Budak sekolah rendah pun dah tau apa itu s**k tu. Adui…Takut dibuatnya.

Zaman lea dulu kalau kena hukum dengan cikgu tak berani nak bagi tahu mak ayah. Sendiri tanggunglah. Berani nak bagi tahu…Cubalah. Silap-silap kena lagi teruk dari hukuman cikgu bagi. Mak ayah dulu lebih percayakan cikgu dari anak sendiri. Betul tak? Sekarang? Kena hukum cikgu bagi tahu mak ayah. Mak ayah pulak terus pergi sekolah serang cikgu. Takpun buat report polis. Kadang-kadang tu dah anak nakal sangat. Tulah yang jadinya cikgu malas nak tegur atau hukum budak sekolah sekarang. Mereka lagi bijak dari cikgu. Silap-silap turun naik mahkamah cikgu dibuattnya.

Zaman persekolahan memang banyak sangat-sangat kenangannya. Zaman kenakalan. Bila difikirkan rasa tak percaya kita dok buat benda-benda tu. Hahaha.


Oklah. Lea tinggalkan dengan gambar kenangan ni ye. 

Korang kenal tak mana lea? Hahaha

4 ulasan:

  1. Samalah kita Lea. Kakak pun dulu kalau kena denda cikgu tak cakap dgn mak-ayah. Pasal sorang buat salah semua kena pun kakak rasa. Sebab masa tu ada budak lelaki main lastik cicak. Budak perempuan mestilah geli - bila dah kecoh semua kena berdiri atas kerusi. Ingat lagi... :)

    BalasPadam
  2. @Kakzakie

    Tulah kak.takut nak cakap ngan mak ayah.takut kena teruk lagi

    BalasPadam
  3. Tak cam lea mana satu....bestnya ada simpan gambo lama.

    Biasalah Lea....jarang budak kecik yg tak nakal......okje rasanya pernah diri atas kerusi, kena rotan pun pernah

    BalasPadam
  4. skolah rndah dulu saya pernah conteng tudung mmber saya..dia siap nangis2 takut kena mrh dgn mak dia tp saya buat tak tau je,hehhe..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.