MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 17 September 2015

Cuti Hari Malaysia kami anak beranak

Assalammualaikum semua.

Pergi ke  mana cuti satu hari semalam? Pergi perhimpunan baju merah ke? Hihihi. Lea dan keluarga dok rumah je. Lagipun Adli demam. Demam-demam pun masih juga dengan ultramen dia tu.






Korang tau tak kuih apa kat atas ni? Teka? Teka? Hahaha. Ini adalah karipap. Karipap yang tak serupa karipap lain sebab kelimnya Adli dah makan. Ada sepuluh biji karipap kelim je dia makan. Hehehe. Yang selebihnya umi dan abahlah yang makan.




Ni nak tanya lagi. Tau tak apa benda kat atas ni? Ok.Ini adalah kulit lembu. Usia kulit lembu ni rasanya dah setahun kot dalam peti sejuk. Semalam gigih jugaklah dok masakkan kulit lembu ni. Setahun lepas gigihlah suami dok bakar, kikis dan bersihkan kulit lembu ni.Berejam jugaklah lea rebus kulit lembu ni nak bagi lembut.





Semalam berselera juga kami makan. Menunya kulit lembu masak lemak campur pegaga. Sedap juga rupanya kalau campur pegaga. Dah tu lea buatkan sup bebola daging campur cendawan untuk Adli. Sebenarnya maknya pun suka juga makan sup. Lagi-lagilah ada sambal kicap. Dan tak lupa ikan terakhir di dalam peti sejuk. Ikan sardine 2 ekor lea gorengkan je. Bila ada sambal kicap memang laju je makan. Tapi tahan jugaklah dari menambah nais. Kalau ikutkan hati memang nak tambah. Tapi biarlah berhenti sebelum kenyangkan.


9 ulasan:

  1. kehkehekh...adoii tak berani laa lea nak pi perhimpunan baju merah tuuu...abis name naik kat jpa kang hahahaah penjawat awam jgn berani2 laa nak join bende2 tu semua....hehehehhe

    sedap2 lauk lea....boleh bertambah2 dibuatnyer tuuu...lieya pun tak ke mane...masak2 lepak2 layan anak suami...

    hahahaah karipap tu adli sebijik style dayyan...omaknye jugak jadi tong sampah kasi perabis isi nye hahaahahaha

    BalasPadam
  2. Kami duk rumah shj...main masak2 kat rumah hehe :))

    kulit lembu tu macam menarik dan tertarik hehe..kami tak pernah makan lagi

    Tips Cerahkan Kulit

    BalasPadam
  3. kulit lembu ???? hmmm sedap ke...1st time tgk

    BalasPadam
  4. Samalah kami pun lepak kat rumah je cuti semalam..eb suami tak cuti pun..nk keluar pun se0anjanf hari sg petani hujan..

    Adli hensemlah...😍

    BalasPadam
  5. Tak pernah cuba makan kulit lembu..
    hehehe.. kelakar je tengok karipap tu.. membayangkan gelagat dak Adli makan kelimnya je.. ;)
    Moga cepat sembuh ye Adli..

    BalasPadam
  6. Budak Sepet kalau dapat makan nasi dengan ikan goreng dan sambal kicap, memang bertambah-tambahlah jawapnya. Apatah lagi kalau maknya yang suapkan... :)

    BalasPadam
  7. Okje ingat roti Lea ....kalau tak ckp mmg tak sangka tu karipap tau. Faveret okje ni...

    Sedap lagi ke Lea kulitnya. Okje jarang makan benda benda gini, tp kalau org hidang bedal jerlah

    BalasPadam
  8. hehehe... kmk mun makan karipap part yang ranngup jak.. intinya dibuang...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.