MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 2 September 2015

Cerita pasal hantu

Cerita pasal hantu. Hahaha. Tengah menaip ni pun nak tergelak je rasa. Alkisah hari Ahad hari tu ajak anak buah Along pusing-pusing Putrajaya. Ingat nak bawa Adli main bola. Sekali tu hujanlah pulak. Jadinya duduk jelah dalam kereta.

Dah di dalam kereta terbukalah cerita pasal hantu-hantu ni. Tanyalah dia, dekat pejabat dia ada ke benda halus-halus ni. Dia cakap ada. Dan pernah jam 2 pagi kalau tak silap dia meronda tingkat berapa ntah tiba-tiba pintu ditutup dengan kuat dan air tandas dibuka. Memang mengikut rekod dia memang takde sesiapa yang bertugas puan. Dia dah tak sedap hati dah. Pergi kat lift tiba-tiba lift semua jem. Hahaha. Lea dan suami dah gelak dah. Nasib baik ada satu lift terbuka. Dia masuk lift tu tapi berdiri kat depan-depan pintu lift sambal azan sekuat hati dia sampaikan kawan dia dekat bawah boleh dengar dan bila dia sampai dekat bawah kena gelak kaw-kaw dengan kawannya.


Ingat cerita habis masa tu je. Pagi esoknya dia buka cerita dia tak boleh nak tidur dekat rumah lea. Hahaha. Iron board lea warna putih dan lea letak dalam bilik dia tidur. Iron board tu lea letakkan menegak dan kalua sekali pandang tu macam orang. Tulah yang dia cerita dia buka mata betul2 nampak iron board tu dan terkejut. Memang tak boleh tidur satu malam. Hahaha. Adui..penakut tul budak along ni. Memang kena kutuk kaw kaw dengan suami sebab penakut sangat. Hahaha. 

Dah tu Adli pun pandai buat gaya along takut hantu. Adui....

Along...along...




2 ulasan:

  1. along dengan kak yan leh geng...percaya tak lea..dalam bilik akak tak ada warna putih..baik pakaian mahupun barang.telekung akak letak kat luar..pakaian putih akak letak dalam beg plastik hitam..nak guna baru ambik

    BalasPadam
  2. hehehe...saya pun jenis goyang jugak walaupun tak pernah kena usik

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.