MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 10 September 2015

Cerita Adli sebelum genap 3 tahun

Assalammualaikum semua pembaca semua. Ada ke pembacanya? Hihihihi.

Lama dah tak bercerita pasal hero kecik lea Adli. Insyaallah 7 Oktober 2015 depan genaplah usia Adli 3 tahun. 3 tahun je tapi badan macam budak 6 tahun.
 Adli 2 tahun 11 bulan dah

Adli sekarang….

1.      Suka sangat bercerita. Kita bercerita kisah hantu dia pun sibuk jugak bercerita. 

Cerita Adli.

Umie..mie.. tadikan Adli jumpa hantu. Eeeee… Adli takut. Antu buka aircond. Adli sejuk. Adli ambil selimut, minum susu Adli tidur. Antu pun hilang. Hahaha. Imaginasi dia… Korang percaya ke hantu buka aircond?

Dok main tepung gandum umie

2.      Apa kita buat dia pun nak buat sama.

Dia senyap je main kat balkoni. Lea intai di balik langsir rupanya dok basuh tuala dia dengan air susu. Lea tanya Adli buat apa? Adli basuh kainlah umie.

Ni pun senyap je bawak basikal dalam bilik tidur lea. Rupanya orang bawak basikal ke bilik air. Lea tanya lagi. Buat apa tu? Adli basuh motolah umie. Hehehe.

Jahatlah maksu edit gambar Adli


3.      Pandai nak marah umie dah……….

Hari sabtu selalunya lea masak awal. Lepas settle buat sarapan, basuh kain, sidai kain lea terus masak. Tapi sabtu hari tu, lauk semalam banyak lagi, nasi pun banyak lagi. Lea cuma panaskan je semuanya. Adli lak masuk dapur dha tu keluar sambal cekak pinggan.

Umie..umie tak masak ke? Umie malaslah. Adli nak makan apa?

Adui…sapa yang ajar cakap macam tu ye Adli. Umie bisinglah dan buat-buat merajuk. Lepas tu datang dekat umie.
Umie…minta map.

Adli dari baby memang tak pernah hisap puting. Bagi je nak muntah. Ni dia terjumpa puting dan dok hisap. Tak lama pun dah nak muntah. Akhirnya puting tu dia letak dalam beg baju maksu dan maksu bawa ke Kuching. Dekat Kuching bila maksu nak kemas baju-baju dia terjumpalah puting ni. Hahahaha


4. Pandai dah request nak bekal apa.

Setiap malam sebelum tido mesti cakap kat umie.
Umie esok nasi goreng ok..ok…ok.. takpun mi goreng tak pun mihun goreng. Tiga tu je yang dia tahu nak sebut untuk bekal dia. Nak keluar rumah tahu dah nak ambil beg bekal dia. Tahu yang mana beg bekal dia.

Penat sangat sampai tertidur duduk di dalam kereta


5.      Seorang yang manja.

Setiap petang kalau tak abah, mesti umie yang ambil dia dekat rumah pengasuh. Bila dah sampai rumah dengar dah dia bagi salam. Buka je pintu mesti pergi kat kita dan peluk sambal cakap saying umie. Adui. Syahdunya rasa di hati.

Aidilfitri pertama Adli. Umur 9 bulan pada tahun 2013



Nanti-nanti lagi lea sambung k.

4 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.