MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 3 September 2015

Cerita 31 Ogos 2015 kami ..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera semua.

Hari ni lea nak bercerita mengenai 31 Ogos 2015 kami.

Sebelum 31 Ogos tu kan ada ditunjukkan majlis raptai di Dataran Merdeka . Adli tengok tv macam seronok sangat. Lea tanyalah Adli. Nak pergi tengok ni tak Adli? Nak mie…best. Ok..kalau nak pergi esok Adli kena bangun awal tau. Pada hari kejadian 31.08.2015 lea dan suami jam 5 pagi dah sedar dari tidur dah. Along pulak bangun selepas beberapa minit kemudian. Adli jam 5.30 pagi dia boleh sedar sendiri. Siap suruh abah mandikan dia cepat-cepat.

Kami bertolak dari rumah jam 6 pagi. Kami sampai di stesen LRT Bukit Jalil lebih kurang jam 6.25 pagi. Kami tak bawa kereta ke Dataran Merdeka. Dah tau banyak jalan ditutup, dengan sesaknya dan semestinya masalah utama parking. Dengan tambang RM1.90 seorang kami menaiki LRT Rapid ke Masjid Jamek Kuala Lumpur. Tak jauh pun jarak perjalanan ke Dataran Merdeka. Ini adalah pengalaman pertama kali Adli menaiki LRT. Dia siap cakap Thomas & Friend umie… Yelah Adli. Masuk-masuk je dalam 10 minit dia macam terpinga-pinga sikit. Lepas tu mulalah dia nak menjelajah LRT tersebut.

 Kami sampai dekat Masjid Jamek lebih kurang jam 7.00 pagi. Sebelum nak sampai ke Dataran Merdeka dah habis RM10 dah oleh dak Adli ni. Dengan benderanya, dengan benda tiup2 tu lagi, makanannya dan kalau boleh macam-macam dia nak beli.

Sampai di Dataran Merdeka memang nampak kepala orang je. Ramai betul orang. Entah jam berapa ntah mereka sampai dan bertolak dari rumah ye. Time ni Adli jalan je. Tak nak dukung. Tapi bila dah nampak kepala orang je dia pun minta dukung nak tengok apa ada kat depan.




Lepas tu suami cakap kita pergi sebelah sana jelah. Jadinya kami berempat lalu ikut belakang Bangunan Sultan Abdul Samad dan Alhamdulillah boleh nampak lagi jalan tempat perbarisan sebab orang tak ramai. Lepas tu encik2 Polis dan Tentera yang berkawal suruh kami duduk dibahu jalan. Memang nampak jelaslah perbarisan nanti. Adlilah yang seronok betul. Siap ngan benderanya.






Korang tengoklah Adli tu siap bercekak pinggang tu.

Adli nak pakai cermin mata juga

Bukan Adli je semangat. Umie pun lagi2 bersemangat  bila pasukan beruniform keluar dengan  pakaian seragamnya dan kawad yang begitu kemas. Semangat cintakan negara tu semakin menebal di dalam diri. Hahaha. Memang lain rasanya tengok dalam tv dan tengok live. Insyallah jika diizinkan nak pergi lagi tahun depan. Kena lagi awal nampaknya …

Adli memang cergas je. Tak nampak keletihannya walaupun kena bangun awal. Bila masa balik dah naik LRT, dah sampai dalam kereta dialog pertamanya.

“Umie…Adli nak susu”

Lea bagi, dia terus baring dan selepas tu terlena tak sedar-sedar sampai kerumah.

8 ulasan:

  1. wohoooo bagus laa lea....rajin bangun pagi2 semata2 pi tgk perbarisan...terbaik laaa... lieya teringin nak gi gak...tapi tu laaa dok pikir sesak tu malas jek.... tapi bagus aktiviti ni, lagi2 bawak anak2 ..biar mereka belajar erti patriotik cintakan negara kan....

    tapi lieya respek adli...steady jek die ....dah abis semua baru penat n tdo....cayalah!

    BalasPadam
  2. wah....semangat merdeka ni..taun dpn rasa mcm nak tgok jugak lah..

    BalasPadam
  3. Akak pon ada kat Dataran Merdeka 31hb Ogos lepas. Semangat menular dalam diri semasa kat sana part [aling best bila Sukhoi buat lintas hormat.

    BalasPadam
  4. Tahun ni ai tak berjaya tengok live di Dataran Merdeka gara-gara kepenatan balik kampung..

    BalasPadam
  5. pernah sekali beberapa tahun kepas bawak anak saya jke dataran.... tapi tengok muka dia cuak jer bila tengok ramai orang tengah buat perbarisan. lantas dia ajak balik dan nak pekena roti canai. alahai anak abah..... orang nak feel semangat kemerdekaan dia ajak pegi makan roti canai kedai mamak. hahahaha

    BalasPadam
  6. wak x sempat lg nak gi dataran merdeka layan live nih., hihi2

    BalasPadam
  7. Wah respectlah umi adli sanggup bawak adli tgok perarakan secara live ditengah2 ramai manusia tu..semoga semangat cintakan negara makin menebal dalam diri anak2 kita..

    BalasPadam
  8. tingin betul nk tgk jgk sambutan tuh secara live, ni asik layan kt tv je....

    mmg nampak bersemangat adli... msti dia suke ngn suasan gitu... kebetulan tak pns sgt kan cuaca aritu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.