MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 30 September 2015

Bila Adli ke Kebun

Assalammualaikum.

Lea sambung lagi ye cerita balik kampung kami. Balik dari Kampung Gajah kami singgah di kebun arwah abah di Kampung Pulau Tiga Kiri. Dulu kebun ni ada durian, langsat, rambutan dan macam-macamlah. Tapi bila arwah dah takde, tak  ada sesiapa nak menjaga kebun tu. Dah jadi hutan dengan semak samunnya.

Adli… Dialah yang paling seronok dapat turun. Budak bandar yang masuk kampung. Semua nak dicubanya. Kalau boleh dia nak masuk dalam semak samun tu.Umie mula-mula duduk dalam kereta je sebab malas nak keluar sebab nyamuk. Tapi akhirnya keluar juga sebab tak tahan tengok keseronokan orang di luar kereta.
 Korang tengok dak Adli tu. Seronok betul. Gambar bawah tu entah apa yang abah dok bising kat Adli tu. Pandai menjawab dah sekarang. Adui. Ada je benda nak dicakapnya.

Budak yang suka sangat ambik gambar

Bercekak pinggang mak mertua lea tu. Apa yang tak kena mak?


Seronok kan kalau duduk kampung. Jerebu pun tak nampak sebab penuh ngan pokok-pokok. Rasa sejuk je. Kat bandar tak dapat dah suasana macam ni. Malam kalau tidur tak buka kipas atau aircond memang takleh tidur. Air mandi pun rasa panas je. Kalau balik kampung yang seronoknya masa mandi. Air kuat je dah tu sejuk pulak. Nikmat rasanya.



Semalam 29 September 2015 kembalinya ibu mertua kepada abang ipar lea diusia 80 tahun kerana sakit tua. Untuk mengetahuan isteri abang ipar yang menjaga Adli. Abang ipar dia panggil ayah dan biras dia panggil ibu. Semalam lea berkursus di Bandar Enstek jadinya suami yang ambil Adli lebih kurang jam 3.Lea doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Keluarga abang ipar balik ke kampung di Sungai Siput Perak selepas itu dan hanya sempat berjumpa jenazah di masjid sebelum dikebumikan pada jam 6.30 petang. Lea sempat berjumpa arwah semasa balik kampung hari tu. Hari Sabtu lepas. …..

5 ulasan:

  1. seronok bila ada kebun ni..suasana pun nyaman jer kan..udara segar...
    Al-Fatihah buat ibu mertua kepada abang ipar lea .. moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

    BalasPadam
  2. bdk bandar mmg suke lah msk2 kampung msk kebun nih... mcm si aiyan tuh.... jakun jd nyer sume benda

    alfatihah bt arwah... moga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  3. Seronok tinggal di kampung.. best.. ;) jiwa anak kampung..
    Al-Fatihah buat arwah dan Takziah buat keluarga arwah..

    BalasPadam
  4. Kalau tengok Adli mesti kita boleh jadi senyum kan Lea. Kakak suka tengok keletah dia tu:) Ada aje yg dia nak buat.

    Buat allahyarhamah moga tenang di sana..

    BalasPadam
  5. Kg okje pun panas dah sekarang ni Lea.....dah banyak kebun yg gondol hihi.....
    Budak kecik mmg suka jer le kalau jumpa benda baru. Tambah lagi besar Adli tu.....

    Alfatihah utk arwah.....takziah buat seluruh keluarga ....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.