MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 28 September 2015

Aidiladha kami di kampung

Hari Raya Aidiladha kami menyambutnya dengan serba sederhana. Lagipun hanya suami dan kakaknya (mak along) yang balik. Menu pagi raya tu akak ipar dah masakkan kari kambing , ayam masak merah dan rendang. Lea cuma masak nasi minyak dan buat pudding caramel je. Lemang pula kami beli je.

Lepas sembahyang raya sesi bermaafan pun bermula.



Kasih ibu kepada anaknya. Kena masukkan gambar ni untuk masa depan. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. 

Banyak dosa ni. Tu yang minta maaf tu. Siap peluk cium ok. Hahaha. Tapi gambar ni je yang boleh dilihat. 

Adli dan opah. Beria salam opah tu. Apa yang dicakap tu Adli. 

Along dan opah. Takkan salam kosong je along. Hahaha 

Ni dua orang ni. Elok berpeluk-peluk acu ngan anak buah. Lepas tu kutuk mengutuk. 

Suka gambar ni sebab ada Adli dekat sudut tu. 

Gambar keluarga yang menjadi sikit sebelum Adli mengamuk nak telefon sebab dia nak ambik gambar orang pulak.


Korang tengok gambar Adli ni. Beria pulak dengan speknya.
Ni Adli dengan sepupunya qisha adiknya along. Elok je bergambar. Kalau tak asyik menjerit berebutkan permainan. 

Adli dengan umi. Susah benar nak bergambar dengan anak bujang lea ni.

Along yang kaki selfie. Adui.Letih melayan.


Lepas makan-makan semua pergi rumah akak suami di batu 6. Akak yang hidangkan lontong, lemang dan rendang. Sedap lontongnya. 
Lepas tu akak ipar ajak pergi Kampung Gajah sebab nak melawat mak sedara yang tak sihat.Alhamdulillah. Kesihatan mak wa semakin baik. Dekat rumahnya ada rendang dan nasi tomato pulak. Sengkak perut dibuatnya. Hahaha. 

7 ulasan:

  1. kemain bergaya ha ngan spek..mcm family dee..raya haji pun mintak maaf mcm raya aidilfitri..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Sakan juga lea beraya.amboi adli kemain hensem dengan speknya..book buat menantu boleh.hahaha

    BalasPadam
  4. Salam Aidil Adha dr Sabah... kami pun sambut dgn sederhana...
    hensem nya Adli pkai baju melayu...

    BalasPadam
  5. sakan beraya yek... kt kg suami mmg raya haji pun ada salam2 bermaafan ye di pagi raya....

    kg dana takde semua tuh time raya pose je, raya haji ada juadah raya je pas sembayang raya yg lelaki duk bizi sembelih lembu kt mana2 umah org yg korban... yg pempuan duk umah lepak2 borak2 mkn hehehhe

    BalasPadam
  6. ehhhhhhhhhhhh meriah lea raya...siap ade salam2...gi kunjung mengunjung...mcm raye puasa....lieya takde...mmg style kat johor sempoi kot.... lieya sendiri tak pakai baju raya hahaahahah....sebab nak pi tgk lembu kene korban.....

    adli...kacaknyer berspek...auwwww!!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.