MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 11 September 2015

Adli sekarang suka posing la....

Assalammualaikum.

Salam Jumaat. Seronokkan bila tiba hari Jumaat? Sebabnya esok dan lusa cuti… Tapi minggu ni tak seronok sangat sebab suami ada kerja kat luar dari hari jumaat malam sampailah hari ahad. Jadinya minggu ni kita dok diam-diam kat rumah ye Adli.

Ni cerita minggu lepas. Masa tu anak buah along dan adik serta sepupu lea Azmeer ada kat rumah. Saja lepak-lepak katanya. Makcunya ni berialah masak nasi lemak pagi tu. Menjamu anak-anak bujang yang suka makan ni lain sikit. Kena masak banyak. Hahahaha. Nasi lemak memang lea masak lebih. Yang penting sambal tumisnya pun lebih dan sedap. Sambal tumis yang lea masak siap 5 ***** anak buah bagi. Jadinya satu hari di hari ahad tu korang makan nasi lemak jelah ye. Tak larat dah makcu nak masak.

Nasi lemak yang secukup rasa. Ada nasi lemaknya, smabal tumis ikan bilis, telur rebus, timun jepun, ikan terubuk masin, ikan bilis rangup dan sambal tempe yang tiada dalam gambar.

Petangnya kami nak hantar Azmeer kembali ke kolejnya di Salak Tinggi. Dekat parking rumah, ketiga2 anak bujang ni yang kaki selfie siap suruh lea ambik gambar. Sabar jelah.

Adli…

Masa umurnya bawah setahun tak reti berjalan lagi sungguh senang nak bergambar. Yelah dah kita pegang dan dukung dia. Bila dah reti berjalan susah betul kami nak bergambar bertiga. Memang takdenya dia nak bergambar. Dapat tangkap dia pun mesti mukanya tak nengok kamera. Mesti dia buat hal sendiri di depan kamera. Tapi masa anak-anak buah dan sepupu berposing dekat parking, Adli yang seronok dok kejar bola anak jiran tiba-tiba berlari dan nak berposing sama. Hahaha. Dia pulak tu yang berdiri paling depan. Yang bestnya siap cekak pinggang. Hahaha. Korang layanlah gambar-gambar ni.

Mereka yang akan selalu di dalam blog lea.
Dari kiri along, azmeer dan adik.
Depan tu pulak Adli lah. 
Pandai dah posing ye Adli.

Dalam kereta pun sama. Adli yang tengah sibuk main dekat seat belakang bila dengar lea nak ambil gambar anak Bujang tiga orang, dia pun sibuk sama nak bergambar. Senyum ceria nampaknya Adli. Suka sangat dia kat along. Esoknya pagi Isnin siap tanya along mana mie? Petangnya pulak bila sampai rumah bagi salam Adli siap cakap….Assalammualaikum along..Bukalah pintu. Hahahaha. Along kamu pakai ilmu apa ni Adli suka sangat dekat kamu. Hahaha.


6 ulasan:

  1. comel je tengok dia.. amik banyak2 gambar dia.. simpan buat kenangan masa dia besar nanti.. ;)

    BalasPadam
  2. Itu baru pandai posing Lea
    Tak lama lagi Adli akan selfie pulak jgn terkejut:)

    BalasPadam
  3. cute gilaaaa adli ......bila besar bole jd model sebab kecik2 dah pandai posing..huuhuhhuhuuhuh :D
    sUCH A HAPPY FAMILY :)

    BalasPadam
  4. Ikan terubuk masin tu alahai...tak menahan betul membacanya!

    Kena ambil gambar banyak-banyak time dia suka bergambar. Nanti dah besar sikit demandnya lain macam. Kena paksa baru boleh bergambar masuk blog ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.