MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 18 September 2015

4 tahun sudah berlalu - abah......

Assalammualaikum.

Salam Jumaat semua. 15 September 2015 yang lepas genaplah 4 tahun abah mertua lea meninggalkan kami. Terasa juga dengan kehilangan dia. Korang boleh baca entry mengenai arwah di sini.

Arwah walaupun dari segi luarannya nampak kasar tetapi hatinya sangat-sangat baik. Lea masa mula-mula jumpa dia dulu 11 tahun lepas takut juga dengan dia. Tapi bila dah rapat arwah sebenarnya seorang yang suka berseloroh. Kadang-kadang tak kering gusi oleh jenaka spontan abah.

Jangan tak tahu abah seorang yang sangat-sangat pandai memasak. Sedap-sedap masakannya. Mungkin kemahiran memasak suami juga menurun dari arwah abah. Ada dua menu yang lea betul-betul berdiri sebelah abah untuk belajar membuatnya. Masak tempoyak ikan patin dan kari kicap daging. Alhamdulillah, sekarang bila lea buat dua menu di atas suami bagi A+++. Sambal macang abah juga sentiasa diingatan.

Kali terakhir berjumpa abah ialah pada akhir Ramadhan 2011. Tahun tu kami suami isteri beraya di  Kuching. Jadi sebelum balik raya balik Teluk Intan dulu. Terbayang lambaian terakhir dia kepada kami suami isteri.

Abah..lea doakan abah tenang di sana.


Al- Fatihah

Tercapai impian untuk menemukan mereka berempat kerana masa terkahir berjumpa masa perkahwinan lea pada tahun 2006. Mac 2011 6 bulan sebelum arwah meninggalkan kami. 

7 ulasan:

  1. sayu plak bace lea....

    in sha Allah lea...Allahyarham sedang bahagia di kalangan2 org yg beriman di syurga Allah....

    alfatihah...

    BalasPadam
  2. Sebak bila mengimbau k8sah org kesayangan ni..tmbh2 bila mereka dh tak ada..uwaaa nak nangis teringat aruah pak..pak sy tak garang..tp suka berselorah sama macam FIL lea

    BalasPadam
  3. Dipertemukan tidak lama tapi kasihnya kekal terasa sampai bila-bila Lea. Moga allahyarham ayahanda tenang di sana.

    BalasPadam
  4. dari catatan Lea, jelas lea rapat dgn abah mertua. Dapat pulak ilmu memasak dari beliau, tentu payah dilupa. Moga rohnya ditempatkan dikalangan org soleh.

    BalasPadam
  5. Alfatihah buat arwah mertua Lea....Yang mana satu Lea?
    Gitulahkan..... kebaikannya memang akan menjadi kenang kenangan kepada yang hidup bila mana arwah telah pergi

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.