MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 4 Ogos 2015

Sambung lagi cerita raya

Hari ketiga Aidilfitri makcik buat kenduri aqiqah cucunya di kampung. Kenduri biasanya bermula jam 10 tetapi di Sarawak lagi-lagilah di kampung jam 9 orang dah dating dah. Ramai juga sedara mara yang dating. Jumpalah sedara yang dua tahun sekali baru jumpa. Adli masa ni memang buat sibuk dialah. Asyik nak minta air je. Rumah nenek lea ni ada kedai runcit milik pakcik. Boleh diakses dari dalam rumah. Adli sekejap-sekejap aiskrim. Sekejeap-sekejap keropok. Ada 4 jam di situ Adli dah belanja RM9. Aduiyai….Adli…adli. Bayangkan kalau satu hari. Mau berpuluh ringgit.
Entah apa yang Adli cakap dengan atok tu. Ke atok tengah marah dia. Dok mengacau je
Petangnya pulak lea dan mak sedara pergi ke Sematan. Tempat yang lea ingin sangat nak pergi. Lama dah tak ke Sematan. Nak sangat ke Sematan jumpa makcik yang lea nak sangat jumpa. Rasanya jumpa dia 4 tahun lepas kot. Alhamdulillah dia sihat.  Semua terkejut nengok lea sebab semakin membesar dengan sihat. Tak boleh jadi ni. Kena turun berat badan jugakllah ni.
Sibuk main dengan su Alya

Sepupu mak

Makcik yang lea nak sangat-sangat jumpa
Adli…seperti biasa. Sematan ni sangat-sangat dekat dengan pantai seronoklah dia main pasir. Lea tak ke pantai pun sebab dah lewat petang. Lain kalilah bawak Adli ke Pantai Sematan.

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.