MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 13 Ogos 2015

Majlis Raya Lagi....

Pada minggu lepas diadakan Majlis Hari Raya peringkat kementerian di PICC. Sebenarnya malas nak pergi tapi pergi jugaklah dengan opismate. Naik dengan kereta jabatan. Sampai di PICC tetamu belum ramai. Tetapi lagi nak ke tengah hari lagi ramai yang datang. Memang sesak betul rasanya. Kami yang berdiri di hadapan bekas biskut untuk diagihkan akhirnya ke belakang. Bila agihan dibuat sampai bertolak-tolak dan lea memang menjadi mangsa tolakan. Adui….taknaklah pergi kalau macam ni. Tapi yang seronok lea dapat berjumpa dengan kawan-kawan di jabatan lama. Ada yang lapan tahun dah lea tak jumpa.





Dulu semasa di jabatan lama lea tak merasa menjadi tetamu sebab menjaga gerai. Nak makan pun makan gerai sebelah punya makanan je. Memang tak dan nak pusing cari makanan. Gerai makanan memang banyak tetapi bila gerai kita dah ramai yang serang memang tak boleh buat apa dah. Tapi kali ni menjadi tetamu tak lalu pulak nak beratur. Nasib baik kawan-kawan ada ambikkan makanan. Lea cuit-cuit je sikit-sikit. Tu pun dah kenyang.

Gambar kenangan di Jabatan yang lama.




2 ulasan:

  1. kenapa perlu bertolak2? beratur saja dengan tenang kan lebih elok.... sambil2 tu kan blh berbual luaskan jaringan kenalan.

    BalasPadam
  2. itu yg mlsnyer kalau ramai sgt kan... sampai bertolak2 time nk amik makanan... tpyg seronoknya dpt jumpa kwn2 lama...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.