MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 17 Ogos 2015

Majlis kedua akhir-- Rumah Terbuka Seksyen Pentadbiran

Assalammualaikum. Berjumpa kita di hari baru dan diminggu yang baru.

Syawal dah berakhir Sabtu yang lalu tapi lea nak habiskan juga dua cerita rumah terbuka iaitu Seksyen dan Bahagian.

Kita mulakan dengan Seksyen Pentadbiran dulu ye. Perancangan adalah last minit punya perancangan. Majlis diadakan pada hari Khamis dan perancangannya dibuat pada hari Selasa. Bincang menu semua akhirnya diputuskan ada menu nasi putih. Jadinya lea bawak ayam masak kari dan ikan terubuk masin goreng. Menu lain bagi nasi putih ialah sayur campur, sambal goreng jawa , daging masak lada hitan dan telur dadar. Menu lain yang ada ialah mihun goreng, mi goreng, nasi impit kuah kacang, cucur manis, spageti dan buah-buahan.

Jadinya gigihlah lea malam sebelumnya mengari dua ekor ayam. Hahaha. Dah macam nak raya bau rumah malam tu.


Pada hari kejadian memang nasi impit yang lea cari dulu sebab ni memang kegemaran lea. Alhamdulillah walaupun sorang bawa sikit-sikit cukup untuk menjamu satu bahagian dan staf bahagian lain kebetulan yang datang ke tempat kami. Boleh bawa ke makan tengah hari terus. Alhamdulillah. Seronok buat makan-makan macam ni. Keluarlah skill memasak sorang-sorang.Tapi penatnya mengalahkan membuat kenduri kahwin anak.






Insyallah. Kita berjumpa lagi di Rumah Terbuka Seksyen Pentadbiran di tahun hadapanlah pulak ye.

3 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.