MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 7 Ogos 2015

Kelainan dan kemeriahan Aidilfitri di Sarawak - Entry Penutup Raya di Sarawak

Assalammualaikum. Salam Jumaat….

Hari ni lea nak buat penutup untuk Aidilfitri di Kuching.

Kek Lapis. Memang terkenal di Sarawak. Pelbagai jenis kek lapis yang ada. Ada yang baru ada yang lama. Anak gadis di Sarawak mesti tau buat kek lapis. Tak banyak mesti sedikit tahu buat kek lapis.






Kek di rumah kawan mak. Pelbagai jenis kek yang ada.
 


Pada masa zaman lea kecik dulu kek dihidang sebiji-sebiji di atas meja. Paling sikitlah ada dalam empat jenis kek. Plaing banyak lea pernah jumpa dalam 10 biji kek. Adalah potongan kecik-kecik di atas kek tu untuk tetamu makan. Bagi yang tak tahu kek Sarawak memang dipotong kecik-kecik ye sebab keknya manis dan satu lagi hari raya di Sarawak menghidangkan air berkabonat. Air gas kata mudahnya. Hahaha. Gelas pun comel-comel je. Yelah sapa larat kalau setiap rumah menghidangkan air gas untuk tetamu. Pelbagai jenis dan pelbagai perisa. Untuk pengetahuan bagi yang belum tahu kalua hari raya paling sikit pun setiap rumah ada 5 kartuun air gas pelbagai perisa.


Dulu juga ada kepala kek. Kek ni special sikit. Memang tak potong. Hanya dipotong pada hari ke7 raya. Itulah salah satu keunikan Sarawak di Hari Raya.

Ni lagi satu kalua hari raya, di mana-mana kita akan melihat orang berpakaian baju kurung dan baju melayu walaupun di panggung wayang, pusat membeli belah dalam masa tujuh hari raya ataupun lebih. Seronok melihat budaya sebegitu. Sampaikan suami lea sendiri pun menyediakan sekurang-kurangnya 3 pasang baju melayu.


Jika berpeluang beraya di Sarawak, pergilah. Pasti akan terasa kelainan dan kemeriahannya.

2 ulasan:

  1. sedapnya kek...sampai sekarang yan belajar buat kek sarawak..tak pernah menjadi..huhu

    BalasPadam
  2. teringinnya nk rasa raya kat sarawak..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.