MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 18 Ogos 2015

Ke Ulu Jempol

Pada Sabtu 2-3 minggu lepas kami ke Ulu Jempol Pahang sebab nak melawat sepupu suami yang dikhabarkan tak sihat. Mengikut cerita-cerita yang disampaikan dia telah dipotong kakinya.

Kami bertolak dari rumah di Puchong jam 7.00 pagi. Tapi bila dah nak masuk MRR2 jalan punyalah jem. Kami singgah sarapan dulu di area Taman Melawati. Lea order lontong. Sedap….

Kami sampai di rumah angah lebih kurang 11.00 pagi. Sampai-sampai je isteri angah dah bising sebab datang tak bagi tahu. Kalau tak dia boleh sediakan makanan sedap-sedap. Kami senyum jelah. Angah takdelah potong kaki pun. Cuma pembedahan kecil di tapak kaki sebab ada masuk duri. Kecil-kecil pun panjang juga bekas bedah tu. Tapi tulah cerita mulut ke mulut ni. Yang kecik jadi besar dibuatnya.



Korang tengoklah gambar Adli dekat bawah ni. Kalau dah ada ayah dan ibu, umie dan abah tak pandang dah. Manja betul dengan ibu ye..



Mak mertua dan biras lea kak nyah

Suami dan abang dia

Kami dijemput makan oleh isterinya angah. Banyak betul lauknya. Memang betul-betul melayan tetamu. Terharu rasanya. Memang dia tuan rumah yang terbaiklah.

Lauk pelbagai jenis lauk yang dihidangkan. Ada tempoyak, sambalhitam, ikan goreng, rendang kerapu..cendawan seesaw masak lemak ngan udang dan sayur petola ngan suun.

Lauk lea pulak Ikan goreng..tempoyak..sambal hitam.sayur petola dah cukup dah.dua kali tambah nasi tu.

Tuan rumah yang sangat baik. Terima kasih angah.


Kami balik ke Puchong lebih kurang jam 4.00 petang. Kami dibekalkan dengan rambutan yang sedang menguning di belakang rumah. Suami dana bang ipar ambik sendiri. Sedap rambutannya/. Tak lupa juga kami dibekalkan dengan tempoyak. Memang penuh bonet kereta.

Suka dengan laman rumahnya. Cantik dan bersih je.

Bergambar kenang kenangan dengan angah dan keluarga. Terima kasih angah. Ada masa, ada rezeki kami datang lagi.

5 ulasan:

  1. tengok kesan operate tu seriau aku noks...

    BalasPadam
  2. sepantas kilat...banyak gak lauk yang sempat disediakan. huhuhuhu

    BalasPadam
  3. semoga cepat sembuh
    lauk-pauk sangat sedapp :)

    BalasPadam
  4. Hahahaha...tu la pasal, sebab cerita dari mulut ke mulut, pembedahan kecil tapak kaki, jadi potong kaki!

    BalasPadam
  5. hehehehe cite dr mlt ke mlt sampai kene potong kaki sedangkan skit je... tp takpelah kalu tak, tak lah org jauh tu dtg melawat kan....

    org tua2 kt kampung mmg gitu, kalu ada tamu segala apa yg ada kt dapur dihidangkan.... tetamu mmg pembawa rezeki bg mereka...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.