MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 17 Ogos 2015

Habis dah entri Aidilfitri 2015 - Rumah Terbuka Bahagian Khidmat Pengurusan

Ok..Ini adalah entry terakhir bagi Aidilfitri 2015. Kali ni majlis Rumah Terbuka Bahagian Khidmat Pengurusan yang diadakan pada 14 Ogos 2015 yang lepas. Sambutan pada tahun ni sangat-sangat meriah kerana tidak diadakan di dalam ruang pejabat. Ianya diadakan di balkoni pejabat yang sebelum ini kami tak pernah jejakkan kaki pun.

Bahagian Khidmat Pengurusan ada empat seksyen. Setiap seksyen ada menu masing-masing dan pemanis mulut sendiri. Ok…lea mulakan ye….

Seksyen Pentadbiran iaitu seksyen dimana lea ditugaskan membawa menu nasi goreng. Pelbagai jenis nasi goreng. Jadinya tiga orang ditugaskan menggoreng nasi hari tu. Selain daripada itu ada lontong, karipap, popia basah, cucur manis dan pudding caramel. Nasi goreng…Bila ditugaskan untuk menggoreng nasi terkejut juga. Nai goreng ni menu raya ke? Ada juga staf seksyen lain yang dok mempelekehkan nasi goreng ni. Yelah..menu murah. Mula-mula nak tukar menu juga tetapi setelah diyakinkan oleh rakan-rakan seseksyen yang lain kami teruskan dengan nasi goreng dan yang mengejutkan nasi goreng dulu habis. Yelah..mula jam 10 dan ada yang tak sarapan lagi jadi nasi goreng dululah yang diambil. Selain dari goreng kampung lea, ada nasi goreng cili padi dan nasi goreng tomyam. Sedap….








Seksyen IT pulak menunya soto. Soto yang sangat-sangat sedap. Memang ambik soto dulu sebab inilah kesukaan lea. Tapi bila makan berpeluh peluh dibuatnya. Sambal kicapnya sangat-sangat pedas ok. Pedas yang sedap. Hahaha. Korang tengoklah nama menunya ….semua pasal IT kan.





Seksyen kewangan pulak bawa laksa. Perghhh…memang sedap ok. Salah satu kegemaran lea juga. Memang terbaiklah laksa kewangan. Mereka juga buat air koktel, cheese tart dan pudding. Tak sempat ambik pun. Cepat je habis. Gebu betul cheese tartnya.



Seksyen Sumber Manusia pulak bawa mi jawa. Tak rasa pun sebab perut dah kenyang sangat. Cuma lea ada makan rojak buah. Sedap jugalah. Selain dari tu ada pudding caramel juga dna brownies. Sedap…..





Big boss Bahagian Khidmat Pengurusan ada sediakan hadiah bagi setiap setiap seksyen. Sama je hadiahnya. Saja untuk suka-suka. Yang tukang ikat riben tu lealah dengan bantuan rakan-rakan yang lain.


Sebelum menutup entri Aidilfitri tahun ini terimalah gambar-gambar kami ni ye.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.