MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 5 Ogos 2015

Dah nak balik KL dah...

Kami balik ke Kuala Lumpur pada raya ke 6. Sekejap je rasanya bila balik Kuching. Menunggu nak balik tu terasa lama bila dah balik terasa sekejap. Masa balik Kuching hari tu lea check in dekat internet siap-siap sebab takut bila lambat check in tempat duduk kami tiga beranak asing-asing. Bila nak balik Kuala Lumpur minta adik ipar checkinkan tapi tak boleh. Dua tiga kali jugalak dia cuba tapi tak boleh. Tak boleh jadi ni….Jadinya pada hari balik tu awal-awal pagi dah bawa suami pergi airport untuk checkin dekat kiosk sahaja. Alhamdulillah berjaya. Seat kami 22ABC. Takpelah. Dekat nak belakang sekali tu. Janji kami tetap bersama.
Sambil menunggu suami pusing balik ambik gambar ni dekat airport. Jam 7 pagi masa ni
Sebelum balik tu pergilah ke kedai kek lapis sebab kawan kirim. Ayokkkkk.. kedai buka tapi kek takde banyak pilihan sebab orang kan cuti raya. Beli jugaklah mana yang ada. Ikan terubuk sudah semestinya banyak permintaan dari kawan-kawan lea dan suami.

Masa dok mencari kek lapis terjumpa kawan sama-sama sekolah rendah. Mohd Zainal Buang. 22 tahun tak jumpa tapi dia boleh perasankan lea walaupun.....hahaha. Dia baru je berkahwin. Bininya kecik molek je. Teringat zaman sekolah dulu bila gaduh ngan dia. Hahahaha

Masa dekat airport semasa di balai pelepasan tiba-tiba ada orang panggil kakak. Rupanya sepupu lea, ima yang baru balik dari kampung mertuanya. Tahun ni dia beraya di limbang. Ingatkan tak boleh jumpa dia. Rezeki nak jumpa dekat airport.

Di Gate 6 menunggu masuk ke kapal terbang
Adli…Adli dah ada peminat tau. Hahaha. Seorang guru dari Sarawak yang mengajar di Banting. Hahaha. Rupa-rupanya cikgu tu sama flight masa kami balik Kuching dan dia dok perasankan si Adli ni. Dia cerita siap cerita kat maknya jumpa budak comel kat airport tapi nakal. Dia pun tak sangka sama flight balik ke Kuala Lumpur sama dengan kami sekali lagi. Adli pulak memang terlebih ramah. Asyik mengendeng dekat cikgu tu je. Lastnya dapat duit raya.


Dekat KLIA pun sama dak Adli. Nak bawa beg sendiri. Sanggup tunggu beg dia sendiri tu. Bila dah dapat nak tolak sendiri. Dahtu jauh kat depan berjalan dengan abahnya. Umie kat belakang ni dengar polis bantuan kat airport cakap… Korang tengok tu budak kecik tolah beg dia sendiri. Dahlah beg sama besar ngan orangnya. Dah tu mereka gelak. Umie hanya mampu mendengat. Hahaha

Bye..bye dek na. Nanti kita jumpa lagi ye. Abang Adli balik dulu.

6 ulasan:

  1. Rasa mcam tak puas kalau balik kampong kan Lea
    Adli lagilah sebab dah makin besar dah makin tahu menikmati suasana beraya dan bersaudara

    BalasPadam
  2. bila dah sampai kat kampung..bab perpisahan yang paling sedih kan...rasa berat je hati nak balik kan.

    BalasPadam
  3. jauh lea balik kampung....seronok kan lea...dah le jarang jumpe....kalo laa dpt leh stay lame lagi kat kampung....

    kalo ke sarawak mmg tu laa bende yg selalu org nak kirim kan....

    amboi adli kemain ade peminat yeak heheeheh

    BalasPadam
  4. lea org kuching yek? ingatkan org semenanjung... naper cik abg nyer tak ikut balik kuching sekali....
    udahla jauh nun mmglah sedih beno nk berpisah blik semenanjung

    BalasPadam
  5. macam2 ragam ye adli ni,,tp sronok mlayan ragam bdak2..

    BalasPadam
  6. bila lagi nak balik sana? nak kirim barang lah tolong beli kan.... hihihi

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.