MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 12 Ogos 2015

BBQ Ayam Dan Kambing pulak ye

Pada sabtu 1 Ogos 2015 family sebelah suami buat BBQ. Kalau di Sarawak hari tu kita buat seafood, kali ni pulak ada ayam dan kambing.

Sebelum bermulanya BBQ diadakan majlis doas selamat. Anak buah yang mengetuainya. Adli masa majlis bermula sibuk je dok main-main. Bila dia tengok semua dok menadah tangan aminkan doa elok je dia duduk dan menadah tangan. Sejuk hati umie bila melihatnya. Majlis diadakan dirumah anak buah. Anak buah pun ada buat sekali mi kari dan pulut kuning. Lepas tu kami buat sesi bergambar. Seronok dapat berkumpul macam ni. Abang ipar dekat Taiping je takde dengan abang ipar kat Teluk Intan. Isterinya ada. Takpelah. Tahun depan kita berkumpul semuanya. Insyaallah…..

Seronok betul ye Adli

Elok je dia berdiri di tengah-tengah tu. Orang semua dah duduk dah Adli


Lepas tu elok je bersilanya. Good boy anak umie ni.



Umie pun nak bergambar jugak


Tukang kipas hari tu. Sian dia sorang-sorang. Anak buah yang dua orang tu sekejap ada sekejap takde. Along dan adik......







Mak mertua dengan anak dan menantu


Dengan anak, menantu dan cucu-cucu



1 ulasan:

  1. bbq lagi...sedap2....adli ..sejuk cikyan tengok adli tadah doa..goodboy..moga jadi anak soleh..amin

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.