MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 1 Julai 2015

Cuti raya dah lulus dah. Alhamdulillah...

Alhamdulillah. Hari ke 14 di dalam bulan Ramadhan. 16 hari lagi akan berakhir Ramadhan pada tahun ini. Syawal pulak yang akan menjelma. Cuti korang dah lulus dah ke. Cuti lea Alhamdulillah bos dah luluskan.Lea akan bercuti mulai 15.7 hingga 24.7. Insyaallah tahun ni aidilfitri akan disambut di kampung lea di Kuching Sarawak. Tahun lepas kita dah beraya di Teluk Intan. Jadinya tahun ni turn Kuching pulak ye.


Minggu lepas, macam-macam benda yang berlaku. Dengan takde aircondnya dari hari rabu sampai jumaat. Aduh. … memang takleh buat kerja dibuatnya. Akhirnya kawan bawa kipas barulah rasa segar sikit. Memang panas betul. Tu baru panas dunia kan.



Minggu lepas juga kami satu bahagian sibuk bungkus kurma untuk diagihkan semasa perhimpunan bulanan. 90kg kurma untuk 400++ bungkus. Tiga hari jugalah siapnya. Nak masukkan kurma dalam plastic, nak lekat sticke dan meletakkan riben. Riben bukan boleh terus letak. Kita bentukkan dulu. Tulah yang memakan masa sangat.




Perhimpunan diadakan pada isnin lepas. Lea ditugaskan untuk menjaga meja pendaftaran. Teringat kerja dekat pejabat mula-mula dulu. Hampir setiap minggu menjaga meja pendaftaran. Dah nama tempat berkursus kan. Masa pendaftaran pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang jenis tak sabar mencari borang bagi jabatannnya sampaikan bising-bising. Ada yang menulis nama dekat bahagian lain. Ada yang tak sabar nak dapatkan kurma, Hehehe. Manusia bukannya hati sama kan. Perati jelah. 


6 ulasan:

  1. wahh! syoknya cuti lama. tapi sblm balik nak tuntut kek lapis masam manis ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adui makcik, sendiri punya pun tak buat ni. Malas betul rasanya

      Padam
    2. hish..hish..
      makcik buat lah makcik. kena lawan kemalasan tu hahahaha

      Padam
  2. ai masih terkial-kial tak tahu nak cuti bermula bila.. aci tak tahun ni raya kat rumah sendiri dulu.. hehehe..

    BalasPadam
  3. lagu raya pun dah kuar radia. mood raya already on

    BalasPadam
  4. cuti dah approved syoknya!raya kt Sarawak sukalah adli ye..

    betul tu yg macam2 ragam tu la bestnya dok dekat meja pendaftaran

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.