MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 7 Julai 2015

Budak tak puasa dapat cakoi free

Assalammualaikum semua. Disaat menaip entry ini Lea dok duduk disebelah Adli yang sedang tidur lena. Kiranya auto publishlah ye entry ini. Boleh awal pulak dia tidur hari ini. Kalau tak mau jam 1 jam 2 baru dak Adli ni tidur.


Tengok gambar budak tak puasa kat atas tu. Ceritanya hari Sabtu lepas pergi Shah Alam. Sebelum keluar tu dah masak siap-siap untuk berbuka. Selepas selesai beberapa urusan suami ajak ke Bazar Ramadhan dekat Shah Alam sebab dia dok mengidam nak makan ayam percik. Ok..Lea temankanlah dengan si kecik kami tu. Adli pulak sambil berjalan rupanya dia dok tengok apa yang berkenan di hati. Rupanya dia minat dengan cakoi. Selamba dia je ambik satu dan ngap. Adui li...lastnya lea cakap dengan adik yang jual lea nak bayar yang satu Adli makan tu. Adik tu tengok Adli dan cakap takpe kak. Saya sedekah. Terima kasihlah dik. Murah rezeki adik tu hari tu. Macam-macam dia nak. Air milolah. Air birulah. Layan air milo je. Air biru minta maaf. Dah sampai dekat kereta nak lagi cakoi. Akhirnya suami beli jugalah dengan adik yang jual cako. RM2 5 ketul. Boleh habis Adli makan dalam perjalanan ke rumah.


Ni pulak cerita hari Ahad. Tiba-tiba Adli dok cakap dengan lea. Dia suruh ambil gambar dia. Ingatkan dengan gaya peacenya. Rupanya dia suruh ambik gambar dia tidur. Tengok muka pun muka berlakon tidur. Tergelak sorang tengok gelagat dia ni. Pandai tu berlakon tidur. Hahahaha.

Semakin besar semakin macam-macam ragam Adli ni. Dialah buat kita marah, geram dan kadang-kadang buat kita senyum dan ketawa. 

5 ulasan:

  1. makin bijak adli.... bdk2 mmg suke lah cakoi, aiyan pun minat bebeno

    BalasPadam
  2. haha..pandai adli berlakon..sel sel otak tengah berhubung ke adli :-))

    BalasPadam
  3. sama cam Afia..suka buat2 tidur..comel gila kan bila depa pejam mata pura2 tido.haha

    kuat makan jugak ye adli.sama ni cam anak teruna saya

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.