MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 19 Jun 2015

Selfie dengan anak dan cerita hari pertama puasa

Assalammualaikum semua. 

Adli adalah seorang yang sangat-sangat susah nak ambil gambarnya. Ni gambar ahad lepas. Dok golek-golek ngan Adli atas katil. Abah takde pergi  gotong royong. Tinggal Adli ngan umie. Tiba-tiba Adli cakap. Umie..bik gambar mie. Umie dengan pantas terus ambil telefon dan klik sana klik sini. Pandai pulak dia buat muka tu. Pertama kali tu minta lea ambil gambarnya. Selalunya umie yang beria nak ambil gambar dia.


Semalam geng kat ofis dok ambik belimbing dengan belakang ofis. Merimbun buahnya. Dapatlah sebakul sampah yang sederhana besar. Tapi alas dengan plastiklah. Lepas tu masing-masing ambik sikit sorang.Tak tahu nak buat apa dengan belimbing ni. Kalau masak lemak sedaplah letak belimbing ni

Semalam korang berbuka menu apa? Beli ke masak? Hehehe. Lea masak yang simple-simple je semalam. Ikan kembung percik dengan sayur kangkung goreng belacan. Alhamdulillah. Azam tak nak ke bazar Ramadhan berjaya semalam. Masak ikan empat ekor je. Cukup dua ekor untuk berbuka dan dua ekor untuk sahur. Hahahaha. Kalau tengok macam kedekut je kan. Main kira. Hahaha. Bukan kedekut k. Cuma taknaklah membazir. Alhamdulillah semuanya habis masa sahur tadi. Kuih lea goreng popia yang lea belikan yang sejuk beku. Sedap. Adli suka makan. Untuk Adli pulak dia nak ayam goreng. Lagi senang umie nak masak. Pagi tadi goreng je nasi unutk bekal Adli.


5 ulasan:

  1. buat sambal tumis ..letak belimbing nie lea...
    sedap..terangkat :-))

    semalam berbuka kupang n pindang ikan

    BalasPadam
  2. Sekarang memang musim belimbing Lea.
    Boleh jadikan jeruk pun sedap tau..

    Kakak semalam dgn bantuan anak-anak masak sendiri sebab Johor kan semalam cuti.

    BalasPadam
  3. buat sambal hitam pahang pun sedap dengan belimbing tu...boleh disimpan lama sedap tu makan dengan nasi panas..

    akak pun berazam nak masak je puasa kali ini, dasar penjimatan...hehehe

    BalasPadam
  4. Masak sambal tumis letak belimbing pun sedap. Tapi pagi-pagi begini tak boleh bayangkan lebih-lebih. Takut terlebih terliur pulak. Hehehe...

    Saya pun semalam masak ala kadar aje. Dengan anak demamnya lagi. Lepas masak tengok semuanya lauk berkuah. Aha, nasiblah.... Saya pun berazam tak nak ke bazar Ramadhan lagi tahun ni. Tahun lepas terlepas tiga hari dek kerana ajakan kakak. Tahun ni nak lebih kuat semangat lagi ^_^

    Selamat berpuasa ya!

    BalasPadam
  5. COMEYNYE ADLI ... BUAT MUKA CAM TU .... DAH BESAR NI TU DAH PANDAI NAK AMIK GAMBAR TU

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.