MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 30 Jun 2015

Rezeki DariNya

Disaat malam sepi ini semasa menaip entry ini air mata tiba-tiba menitis. Adli hampir 3 tahun usianya. Tadi selepas suami terawih, lea ajak suami keluar . Teringin sangat nak minum teh Tarik. Adli siap tanya gi mamak ke umie? Lea senyum je. Sungguh petah dia berkata-kata. Ada perkataan terus. Ada juga perkataan yang lea tak paham lagi.

Di dalam kereta, Adli duduk dibelakang sambal beberapa kali menguap. Ala..siannya anak umie. Lea pun suruh dia duduk di depan dengan lea. Sekejap je lepas tu terus tidur dipangkuan lea. Sekejap betul masa berlalu. Dulu dia hanyalah bayi comel yang lena dipangkuan lea. Sekarang anak kecik tingginya hampir 1 meter dipangkuan lea. Tanpa sedar air mata menitis. Masa ni takkan ada ulangannya. Bila dia dah besar takkan nak dipangku lagi. Sesungguhnya lea rindu saat dia kecik dulu. Bila mengemas baju-baju semasa dia masih bayi lea menangis lagi. Argh….kenapa kesedihan itu mesti datang.

Adli..anugerah dariNya buat kami setelah 6 tahun menunggu kehadiran sesuatu yang dinamakan zuriat. Setelah pelbagai rintangan untuk memiliki, akhirnya rezeki kami bersama Adli. Adli…….. dia madu, dialah penawar.

Zuriat.

Siapa yang tidak mahu zuriat. Hanya mereka yang berhati ‘binatang’ je sanggup membuang zuriat sendiri. Cuma cepat dan lambatnya saja. Itulah rezeki namanya. Kalau ada Alhamdulillah sudah rezeki. Kalau tiada mungkin belum rezeki lagi.

Bagi sesiapa yang belum mempunyai zuriat sendiri janganlah dihina dan janganlah dikeji. Mereka juga punya hati dan perasaan. Mungkin pada zahirnya mereka boleh tersenyum suka, ketawa riang tapi dihatinya tiada siapa yang tahu. Siapa yang tahu kesedihan, kesunyian yang mereka lalui. Sesungguhnya ajal, maut, jodoh, pertemuan dan rezeki itu adalah perancangan dariNYA. Sebagai hambanya hanya mampu menerima dan redha atas ketentuannya.


Disaat membaca kembali entry ini air mata mengalir laju.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.