MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 15 Jun 2015

Nasi lemak, pasar borong dan otomen Adli

Suatu pagi di hujung minggu.

Kalau hari cuti dan kebetulan suami pun bercuti memang nasi lemak nilah yang menjadi pilihan untuk minum pagi. Nasi lemaknya sedap. Terasa lemaknya, bau wanginya. Dari jauh cium dah tau sedap. Hahahaha. Macam manalah badan tak berlemak ye dak. Kalau suami beli lea mesti nak sambal parunya. Sedap.... Sian suami beratur dalam hujan. Lea panggil nasi lemak ni nasi lemak lori.


Selepas tu pergi pasar borong sebab nak beli ikan bilis dan sedikit barang kering. Lea suka beli ikan bilis dekat Balaji sebab banyak pilihan ikan bilisnya. Drai sekecik-kecik bilis sampai ke besar-besar bilis yang ada. Harga pun berpatutan. Nak buat stok buat sambal tumis. 




Yang pergi beli suami. Lea dan Adli tinggal dalam kereta. Tak boleh bawa Adli. Karang entah apa-apa diambilnya. Sehari selepas ni suami bawa dia beli nasi lemak. Nasi lemak lagi... Ni dekat gerai lain. Dia selamba je ambil karipap dan makan. Suami cakap kat akak yang jual. Berapa harga karipap. Anak saya ambil satu dan makan. Akak tu cakap tak payah. Sedekah.



Dengan Adli macam-macam yang dia buat dalam kereta. Siap jadi atomen. Adui. Dia dah pandai dah tengok tv. Tau dah cerita atomen katanya,UpinIpin dan Robokar Poli. Itulah fav dia selain azan dekat tv.  Dah tau siaplah umie dan abah difirenya dekat rumah. Tu yang kadang-kadang marah juga kat dia tu. Tak tahan lea kena fire ngan dia ni. Tenaganya kuat tu. Abahnya pun kadang-kadang menjerit dibuatnya. Dah tu kita buat-buatlah nangis. Pandai...pergi dekat kita dan tanya. Umie sedih ke? Ali (tak pandai sebut Adli) minta aap ye umie...Pandai minta maaf. Hehehehe. Tu yang sejuk hati Umie.




7 ulasan:

  1. salam ziarah..sambil2 follow blog ni..
    hehe boboy kalau dh pndai tgk tv msti suka tiru aksi otomen..

    BalasPadam
  2. feel free to visit mine ;) salam perkenalan..

    BalasPadam
  3. comelnya Adli ni..
    baik ati kak tu bg free karipap, mesti dia tengok Adli comel sgt..bagi jelah kan. :)

    BalasPadam
  4. hehehe....mesti cute kan bila anak kecil mintak maaf

    BalasPadam
  5. pasti sedap kan kalau dah ramai yang berbaris untuk mendapatkannya :) salam ukhuwah dari kak ana : anajingga.com

    BalasPadam
  6. Gambar kedua akhir tu comel :-))

    Yan suka cari gerai yang ramai orang sebab dah tentu2 sedap..

    BalasPadam
  7. salam. hee naper en suami tu tak pakai payung sebelum ujan, nnti demam mak jugak yg susahh ;p

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.